Perayaan Gawai Antu
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: Maran Ramping
- File size: 244.3 KB
- File
type: application/pdf
- Words: 3,520
- Pages: 15
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
Perayaan Gawai Antu: Kajian Di Rumah Jumat, Sg Kutak, Bintangor Oleh: Maran Ramping SMK Meradong, Bintangor 2012
Gawai merupakan antara perayaan yang di sambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Terdapat pelbagai jenis Gawai yang di sambut oleh masyarakat Iban.Antaranya ialah Gawai Dayak, Gawai Nangga Langit, Gawai Tangga Hari dan Gawai Mangkung Tiang. Sambutan hari Gawai yang pelbagai sentiasa di sambut oleh masyarakat Iban sama ada di rumah panjang tradisional ataupun rumah panjang moden zaman sekarang.
Jenis-jenis hari-hari gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Besimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). 1 Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Bagi kajian ini, pengkaji akan meneliti adat istiadat perayaan Gawai Antu dalam masyarakat Iban di Rumah Jumat, Kotak, Sarikei. Fokus kajian adalah mengenai atur cara Gawai Antu yang diadakan dalam masyarakat Iban. Selain itu pengkaji juga memberikan fokus terhadap tentang peralatan yang digunakan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Kerangka masa kajian adalah dari tahun 1970 hingga tahun 2000. Di antara objektif kajian ialah mengenal pasti adat istiadat bagi perayaan Gawai Antu dan juga mengenal pasti keunikan sambutan perayaan tersebut. Kajian juga turut memberikan tumpuan terhadap kepentingan upacara tersebut bagi masyarakat Iban.
1
Dari segi permasalahan kajian, jumlah kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain mengenai perayaan ini adalah amat kurang. Oleh yang demikian, pengkaji berasa berminat untuk melakukan kajian yang berkaitan.Kajian ini membawa kepentingannya tersendiri agar generasi masa hadapan dapat menghargai kebudayaan etnik Iban dan tidak membuatkan keindahan sesuatu adat serta budaya itu lenyap di bawa arus permodenan.Manakala skop kajian tertumpu di Bahagian Sarikei, Sarawak sahaja. Bagi sorotan kajian,terdapat beberapa tulisan dan buku-buku yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan juga luar negara untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan sumber ilham pengkaji agar dapat menghasilkan sebuah kajian yang betul dan lengkap.
Selain itu, kaedah kajian yang digunakan ialah rujukan daripada buku-buku dan juga tulisan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Laporan dalam bentuk tulisan ilmiah akan membantu untuk memperbaiki kajian ini. Perkara ini juga akan memaparkan gambaran menyeluruh mengenai sambutan Gawai Antu.
Bagi masyarakat Iban, perayaan gawai merupakan lambang ataupun identiti kaum itu sendiri.Sambutan hari gawai bukan sahaja sekadar untuk berhibur malah mempunyai maknanya sendiri.Menurut Chemaline anak Usop dalam karyanya yang bertajuk Waris Daya Idup Iban Vol. II, sambutan hari gawai sudah lama diwarisi sejak dari zaman nenek moyang lagi.2Menurut penceritaan secara lisan oleh generasi terdahulu, sambutan gawai merupakan suruhan Petara ( Tuhan ) masyarakat Iban yang tinggal di atas kayangan iaitu Raja Petara, Sengalang Burung, Keling Gerasi Nading, Bungai Nuing dan banyak lagi.
2
Perayaan hari gawai di sambut mengikut adat serta peraturan yang sudah ditetapkan sejak zaman-berzaman. Hal ini kerana masyarakat Iban menganggap bahawa asal usul hari gawai bukanlah ketetapan manusia itu sendiri tetapi merupakan suruhan Petara ataupun Tuhan. Dalam buku Waris Daya Idup Iban Vol II menyatakan bahawa sambutan hari gawai merupakan medium untuk masyarakat Iban merapatkan lagi hubungan yang telah ada dan merapatkan lagi hubungan bersama kaum lain yang turut berada di dalam lingkungan kehidupan masyarakat Iban. Semasa sambutan hari gawai, semua kaum yang hadir akan dapat menyaksikan keunikan adat, sikap menghormati tetamu, kelainan makanan dan gaya hidup rumah panjang yang amat berbeza dari kaum lain.
Antara sambutan yang sering kali diadakan oleh masyarakat Iban ialah Gawai Antu.Gawai Antu merupakan keramaian yang diadakan untuk roh atau orang yang sudah meninggal dunia.Sambutan ini diadakan untuk memperingati si mati dan simbolik kepada berakhirnya hubungan di antara yang hidup dan yang mati. Hubungan sama ada dari segi fizikal ataupun mental seharusnya diputuskan tetapi ianya tidak bermakna bahawa yang masih meneruskan kehidupan harus melupakan terus si mati. Ianya hanya adat yang wajib dijalankan untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi mereka yang ditinggalkan oleh si mati.
Sambutan Hari Gawai Antu memerlukan satu tempoh masa yang lama untuk diadakan dan untuk di sambut.Hal ini kerana sambutan Gawai Antu memerlukan persiapan yang sangat rapi dan tidak boleh di ambil ringan oleh masyarakat Iban.Kerjasama yang erat diperlukan dalam kalangan penduduk rumah panjang.Banyak persediaan yang perlu dilaksanakan sebelum sambutan ini diadakan. Sebagai contoh, jumlah makanan yang perlu dihidangkan, jumlah tetamu yang akan di undang, dan kos yang perlu di tanggung sepanjang keramaian ini
3
diadakan.3Masa sambutan ini diadakan juga perlu di ambil kira, misalnya semasa musim cuti sekolah agar semua saudara-mara dapat menghadiri upacara keramaian tersebut.
Menurut Puan Jerigah yang berasal dari Rh. Jumat, Kotak Sarikei, sebelum sambutan ini diadakan, Ketua Rumah Panjang ataupun di gelar sebagai TuaiRumah dalam masyarakat Iban akan mengumpulkan semua penduduk rumah panjang dan mengadakan mesyuarat. Semasa perjumpaan ini, semua pihak akan berbincang mengenai sambutan gawai yang bakal diadakan. Antara perkara yang dibangkitkan ialah tempoh sambutan hari gawai diadakan, tetamu yang bakal di undang dan atur cara sambutan tersebut.
Semasa mesyuarat ini
diadakan, Tuai Rumahakan meminta pendapat daripada anak buahnya sekaligus memutuskan segala perkara yang dibangkitkan pada hari tersebut.
Seterusnya, selepas keputusan dipersetujui sebulat suara oleh penduduk rumah panjang Jumat, persediaan rapi akan mula diadakan. Biasanya, persediaan sambutan hari Gawai Antu memerlukan masa yang lama sehingga memakan masa bertahun-tahun.Rumah panjang perlu diperbaiki agar semua tetamu berasa selesa.Kemudahan pengangkutan juga dititikberatkan sekiranya rumah panjang tersebut sukar dihubungi melalui jalan darat. Selain itu, tempat memasak makanan yang luas juga perlu di ambil kira. Bukan itu sahaja, air tradisional masyarakat Iban iaitu ai tuak ataupun air tapai perlu disediakan lebih awal sama ada enam bulan sebelum sambutan gawai atau tiga bulan sebelumnya. Penyediaan air tapai merupakan suatu kemestian bagi setiap masyarakat Iban tidak kira apa jua jenis perayaan4.
4
Sebelum upacara utama sambutan Gawai Antu diadakan, beberapa adat ataupun upacara ritual harus dilakukan. Semasa membuat persediaan, semua penduduk rumah panjang Jumat akan berada dalam keadaan yang sibuk namun keadaannya tetap meriah. Antara perkara yang wajib dilaksanakan ialah, Gawai Beban Ramu. Sambutan Gawai Beban Ramu ialah adat ritual untuk membina sebuah tempat persinggahan buat para tetamu yang hadir. Adat Beban Ramu5 akan diikuti dengan upacara ngeratok iatu atur cara mengambil kayu-kayan dari hutan untuk membina sungkup. Sungkup6 akan di bina di bahagian hadapan rumah panjang yang di panggil sebagai tanju dalam Bahasa Iban.Selepas selesai upacara ngeratok7, setiap keluarga yang menyambut perayaan gawai ini akan memperbaik ataupun membina sebuah panggau ataupun tempat khas buat para tetamu.
Setelah selesai semua persiapan yang harus dilakukan mengikut adat, semua penduduk rumah panjang akan mengambil peluang yang ada untuk menghias bilik, ruai8, tanju9 dan halaman rumah mengikut cadangan yang telah diperstujui bersama. Biasanya, tugas menghias akan diserahkan kepada tenaga muda agar tugas yang ada dapat dislesaikan dengan cepat. Hiasan yang biasa di lihat semasa sambutan Gawai Antu ialah bunga hiasan yang di buat sendiri oleh kaum wanita rumah panjang tersebut. Manakala di sepanjang jalan memasuki kawasan rumah panjang akan dihiasi menggunakan panji-panji yang berwarna-warni dan juga bendera negara Malaysia serta bendera negeri Sarawak.
Keadaan rumah panjang yang ,meriah dan juga berwarna-warni akan dapat menggambarkan bahawa terdapat keramaian yang bakal di sambut oleh penduduk rumah tersebut. Menjelang hari sambutan Gawai Antu, semua penduduk rumah panjang dan juga saudara-mara yang hadir akan berada dalam keadaan yang sibuk. Para wanita akanmemulakan tugas memasak dan menyediakan makanan untuk sambutan kemuncak Gawai Antu.Antara hidangan yang
5
menjadi kemestian semasa sambutan gawai ialah beras pulut yang di masak menggunakan buluh. Manakala para lelaki pula akan di kerah untuk menyediakan dan mencari makanan yang harus dihidangkan buat para tetamu. Tugas mencari kayu api untuk keperluan memasak juga diserahkan kepada tenaga lelaki.
Kemeriahan sambutan akan mula terasa beberapa hari sebelum sambutan kemuncak di sambut pada tarikh yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang diadakan ialah latihan untuk memperbaiki keindahan muzik tradisional yang didendangkan menggunakan peralatan tradisional. Biasanya alunan muzik ini akan akan memenuhi segenap ruang rumah panjang pada waktu malam untuk beberapa malam sebelum sambutan kemuncak diadakan.10 Alatan muzik ini tidak terhad untuk golongan lelaki sahaja. Wanita juga boleh memainkan alat muzik ini asalkan alunan muzik yang dihasilkan indah dan sedap di dengar. Keindahan alunan muzik tradisional yang di panggil tabuh dalam bahasa Iban akan mampu membuai perasaan orang yang mendengar.
Antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bunyi ataupun muzik tabuh ialah tawak, bebendai, engkerumung dan ketebong atau bebidap. Tawak atau gong merupakan instrument untuk menghasilkan bunyi yang kuat dan ianya merupakan pelengkap kepada setiap alunan muzik yang dihasilkan. Manakala bebendai merupakan permulaan kepada setiap tabuh yang didendangkan. Setiap kali tabuh dimainkan, bebendai akan di pukul terlebih dahulu sebelum instrumen yang lain dimainkan dan ianya boleh di anggap sebagai signal kepada permulaan tabuh. Engkerumung pula merupakan alat muzik yang terdiri daripada beberapa gong kecil yang akan menghasilkan bunyi yang lebih halus dan merdu. Bebidap pula ialah alat muzik yang di perbuat daripada kulit binatang. Alat inilah yang akan memeriahkan lagi setiap kali sambutan gawai diadakan.
6
Namun masyarakat pada zaman sekarang lebih gemar untuk menggunakan peralatan muzik zaman moden dan semakin kurang anak muda yang pandai meminkan alat muzik tradisional ini. Hakikatnya, tanpa kehadiran alat muzik tradisional, sambutan gawai pada zaman dahulu tidak akan semeriah yang ada seperti zaman sekarang. Pada zaman yang mementingkan ketangkasan dan kesempurnaan seperti masa kini, keunikan alat muzik tradisional semakin diabaikan. Di sebalik semua kemudahan zaman sekarang, terdapat segelintir masyarakat Iban yang memartabatkan alat muzik tradisional ini dan menggunakannya setiap kali menyambut perayaan gawai.
Seterusnya, sambutan Gawai Antuyang sebenarnya akan di sambut pada hari yang berikutnya. Pada pagi sambutan perayaan bermula, kesibukan akan mula terasa apabila kaum wanita dan kaum lelaki mula menjalankan tanggungjawab masing-masing. Wanita akan mula memasak hidangan yang akan dihidangkan pada petang dam malam berikutnya. Sesetengahnya pula akan mendirikan ranyai.11 Keseronokan yang dialami amat sukar dirasai dan jarang sekali dialami.Tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat meluangkan masa bersama saudara-mara dan bergelak ketawa bersama-sama. Ikatan kekeluargaan juga akan semakin bertambah rapat dan semangat kerjasama akan dapat di semai pada saat ini.
Manakala kaum lelaki pula akan akan menjalankan tugas mereka di luar rumah. Misalnya menjaga dan memasak makanan yang perlu menggunakan buluh seperti manuk pansuh (ayam di masak di dalam buluh) dan juga menyediakan tempat untuk tetamu yang ditetapkan untuk menjaga ranyai antu.12 Tanju yang di bina perlulah kukuh dan tidak boleh runtuh sepanjang perayaan diadakan. Sekiranya tanju yang di bina runtuh semasa sambutan gawai diadakan, maka perkara tersebut di anggap membawa sial.13 Maka persiapan yang rapi
7
perlulah diadakan dengan sempurna perlu disiapkan agar tidak membawa malu kepada keluarga.
Di sebalik semua kemeriahan yang dialami, roh si mati juga perlu dihormati. Setiap perkara yang dilakukan perlulah menghormati si mati dan tidak melampaui batas. Pada hari sebelum sambutan akan diadakan upacara sabung ayam.
Upacara ini diadakan bertujuan untuk
memutuskan terus hubungan di antara si mati dengan yang masih hidup dan menandakan tiada lagi kaitan sama ada dari segi hubungan fizikal dan mental dengan si mati.14 Namun ini tidak bermakna si mati akan terus dilupakan oleh ahli keluarga yang masih meneruskan kehidupan. Hal ini hanyalah sebagai simbolik dan adat kemestian yang harus dilakukan oleh setiap keluarga si mati.
Sambutan kemuncak akan bermula apabila tetamu mula tiba dan pelbagai kerenah serta ragam dapat di lihat pada ketika ini.Tetamu yang di undang biasanya tetamu yang tinggal berhampiran dengan rumah panjang Jumat dan ada juga saudara-mara yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri upacara keramaian Gawai Antu.
Semasa ketibaan para tetamu, beberapa das tembakan akan dilepaskan ke arah langit dan pukulan tabuh akan mula berkumandang. Tetamu yang tiba akan di sambut dengan ai tuak dan juga beberapa jenis minuman yang beralkohol di hadapan rumah panjang. Keadaan ini akan berterusan hingga ke penghujung rumah panjang apabila semua anggota rumah panjang tersebut akan menyambut kedatangan para tetamu dengan ai tuak.
Adat sambutan ini
bagaikan “tol” yang harus dilalui oleh para tetamu untuk masuk ke rumah panjang tersebut. Kemeriahan menyambut kehadiran para tetamu ini jarang sekali di lihat diamalkan oleh kaum ataupun etnik lain. Inilah di antara keunikan sambutan upacara tersebut.
8
Setelah semua tetamu tiba, minuman akan mula dihidangkan. Minuman manis seperti air berkarbonat akan dihidangkan terlebih dahulu dan bukan minuman beralkohol yang dihidangkan. Para tetamu wanita kebanyakannya akan berada di dalam bilik dan kaum lelaki akan berada diruai. Setelah air minuman dihidangkan, makanan akan dihidangkan. Pada ketika ini pelbagai jenis makananakan dihidangkan untuk di jamu oleh para tetamu. Kepelbagaian jenis makanan melambangkan kebaikan sesebuah rumah panjang tersebut dan ianya akan menjadi kenangan dan sebutan tetamu yang hadir.
Setelah selesai menjamu selera, sambutan Gawai Antu akan bermula secara rasminya apabila Tuai Rumah mengalu-alukan kehadiran para tetamu.
Setelah Tuai Rumah Jumat
mengucapkan kata alu-aluan leka geliga15 akan didengarkan kepada para tetamu.
Setelah
leka geliga diperdengarkan, semua para hadirin yang ada akan menumpukan perhatian kepada lemambangyang akan nimang jalong16. Lemambang bagaikan seorang tok dalang yang akan menghiburkan semua tetamu yang hadir pada malam tersebut. Nimang jalong ataupun mantera yang dilagukan oleh lemambang. Lemambang akan mengelilingi rumah panjang tersebut dan akan mengalunkan mantera yang berkaitan. Aluan mantera mempunyai maksudnya yang tersendiri dan tidak boleh dialunkan sekiranya lemambang tidak mempunyai kemahiran yang betul-betul diyakini.
Selain daripada lemambang yang nimang jalong, akan ada kaum wanita yang berpakaian tradisional lengkap untuk mengiringi kumpulan lemambang tersebut untuk mengelilingi rumah panjang tersebut. Oleh yang demikian, setiap keluarga di rumah panjang Jumat yang menyambut perayaan ini akan menghantar seorang wakil anak perempuan atau pun cucu perempuan yang masih lagi belum bersuami atau lebih tepat lagi masih suci. Kaum wanita yang berpakaian tradisional lengkap berperanan untuk memanggil indu antu ataupun dewi
9
agar majlis yang diadakan mempunyai keberkatan. Kaum wanita yang mengenakan ngepan17 hanya akan menyertai para lemambang menjelang waktu dinihari. Keunikan upacara sebeginilah yang semakin sukar di lihat pada zaman sekarang kerana ramai masyarakat Iban yang sudah memeluk agama Kristian. Upacara sebegini hanya akan dapat disaksikan sekiranya penduduk rumah panjang tersebut masih lagi mengekalkan adat lama dan berpegang kepada kepercayaan asal nenek moyang.
Rajah 1 : Wanita muda mengenakan ngepan untuk ngalu antu Sumber :Perayaan Gawai Antu, Rumah Jumat, Kotak, Sarikei
Lemambang akan mengalunkan mantera sepanjang malam hingga menjelang subuh. Setiap bait mantera yang dialunkan akan memanggil dewa agar air jalong yang bakal dihidangkan akan diberkati.
Ai jalong18 merupakan penghormatan kepada si mati.
Orang yang
dibenarkan menghirup ai jalong merupakan kaum lelaki yang berani dan bersemangat waja seperti askar yang pernah menumpaskan musuh semasa menghadapi peperangan. Biasanya, lelaki berani yang menghirup ai jalong merupakan warga emas dan pernah menewaskan musuh pada suatu ketika dahulu. Sekiranya lelaki yang di pilih untuk menghirup ai jalong 10
tidak pernahbedengah19 atau menghadapi cabaran seperti peperangan, orang tersebut akan terkena sumpahan orang yang sudah meninggal dan mampu menyebabkan si peminum mendapat penyakit hingga meninggal dunia.
Upacara meminum ai jalong akan diadakan pada waktu dinihari misalnya pada pukul tiga pagi. Upacara ini di gelar sebagai upacara nuntung ke jalong.20Pada ketika inilah lelaki berani yang telah di pilih akan meminum ai jalong yang telah disediakan. Kaum wanita yang akan menghidangkan ai jalong tersebut kepada lelaki yang telah di pilih. Upacara meminum ai jalong ini merupakan acara kemuncak bagi upacara sambutan gawai antu. Setelah selesai upacara ngirup ai jalong maka selesailah sebahagian daripada upacara yang perlu diadakan oleh masyarakat Iban di rumah panjang Jumat semasa sambutan gawai antu.
Rajah 2 :Upacara nuntung ke jalong Sumber :Perayaan Gawai Antu, Rumah Jumat, Kotak, Sarikei
11
Setelah selesai upacara nimang jalong, adat muai rugan21 pula akan diadakan. Adat ini bertujuan untuk untuk memusnahkan bakul yang telah di anyam oleh kaum wanita pada awal permulaan Gawai Antu. Bakul ini mengandungi beberapa jenis hidangan atau santapan untu dipersembahkan kepada roh si mati. Antara santapan yang menjadi kemestian ialah nasi pulut hitam, nasi pulut perang, nasi pulut biasa, salai ikan keli dan banyak lagi.Ikan di anggap sebagai antara makanan yang paling digemari oleh si mati.22 Hanya lelaki yang sudah berusia dibenarkan untuk muai rugan kerana dikhuatiri jika lelaki muda yang muai rugan lelaki tersebut akan mendapat musibah ataupun penyakit. Hal ini kerana lelaki muda di anggap tidak mempunyai kekuatan tenaga dalaman atau tidak mempunyai semangat spiritual yang tinggi.
Rajah 3; Rugan yang akan dibuang setelah upacara nimang jalong Sumber: Perayaan Gawai Antu, Rumah Jumat, Kotak, Sarikei
12
Seterusnya, upacara bebungkar ruang
23
akan diadakan. Upacara ini merupakan simbolik
kepada berakhirnya adat nimang jalong dan muai rugan. Semasa upacara ini, tetamu akan dihidangkan daging dan ai tuak yang dikhaskan untuk adat bebungkar ruang. Nama lain bagi upacara ini ialah makai dagin yang bermaksud makan daging. Apabila upacara muai rugan ini berakhir, ianya akan disusuli oleh upacara ngambi tebalu.24 Bagi masyarakat lain selain daripada bangsa Iban, upacara begini mungkin tidak pernah diadakan. Upacara ngambi tebalu menjadi simbol berakhirnya hubungan antara balu dan suami atau isteri mereka yang sudah meninggal. Ini bermakna balu si mati boleh membina kehidupan baru bersama orang lain tanpa perlu merasa bersalah dan berdosa terhadap suami atau isteri mereka yang sudah meninggal dunia.25 Oleh itu, pengakhiran janji suci dan abadi yang di sebut semasa hayat si mati masih ada boleh dimungkiri.
Selesai upacara ngambi tebalu, upacara berangap.26 Hidangan terakhir buat para tetamu akan dihidangkan. Biasanya, upacara ini hanya akan mengambil tempat pada waktu awal pagi. Setelah selesai upacara menghidangkan makanan, para tetamu akan beransur pulang dan hanya saudara-mara yang terdekat sahaja yang akan tinggal untuk membantu ahli keluarga si mati untuk upacara seterusnya. Upacara terakhir yang perlu dilaksanakan semasa sambutan Gawai Antuialah nganjung sungkup.27 Sungkup merupakan ukiran kayu yang di ukir indah oleh saudara terdekat si mati. Biasanya saizsungkupialah 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar. 28
Sungkup akan di bawa ke kubur si mati dan dipakukan di atas “rumah” yang telah di bina
khas untuk si mati. Semasa nganjung sungkup pelbagai makanan akan di bungkus untuk si mati dan akan “dihidangkan” kepada si mati semasa berada di kubur.
13
Setelah selesai upacara nganjung sungkup, maka berakhirlah sambutan Gawai Antu. Apabila berakhirnya perayaan ini, semua saudara-mara yang dekat mahupun jauh akanmembawa haluan masing-masing dan akan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Sambutan yang seumpamanya hanya akan dapat dirasai setelah berbelas atau berpuluh tahun kemudian. Pastinya upacara ini akan membawa seribu makna dan kenangan yang tak mungkin akan dapat dilupakan oleh setiap tetamu yang datang terutamanya saudara-mara yang jauh dengan ahli keluarga.Malah Puan Jerigah turut menyatakan bahawa sukar untuk penduduk rumah panjang Jumat untuk bertemu dengan saudara-mara yang jauh setelah sambutan gawai antu selesai.
Antara keunikan upacara ini ialah ianya mampu memaparkan kebudayaan asal masyarakat Iban dan betapa indahnya adat asal yang dimiliki oleh masyarakat Iban. Jarang ada kaum lain yang mrempunyai begitu banyak sambutan perayaan dan adat yang begitu kompleks seperti masyarakat Iban. Upacara dan perayaan yang dimiliki oleh masyarakat Iban bukan sahaja jarang ditemui di negara lain, malah ianya mampu merapatkan lagi hubungan di antara tetamu yang hadir dan saudara-mara yang datang.Tiada yang lebih mengujakan apabila dapat bersua dengan saudara-mara atau rakan-rakan yang telah lama terpisah dan jarang sekali bertemu muka.
Sesungguhnya, setiap adat yang diwarisi dari zaman nenek moyang harus dikekalkan dan dipelihara agar ianya tidak pupus di telan zaman.Generasi zaman sekarang juga seharusnya lebih cekal dan bersemangat untuk meneruskan kebudayaan warisan bangsa yang sukar didapati dan jarang di lihat di mana-mana tempat melainkan negara Malaysia dan negeri Sarawak.Jangan hanya mengagung-agungkan budaya luar tetapi budaya sendiri dianaktirikan. Hargai apa yang ada dan bersyukur atas segala nikmat yang telah diperolehi. Tuntasnya, apa
14
yang kita miliki sekarang adalah hasil usaha nenek moyang kita sejak berabad yang lalu dan ianya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara apa yang sudah kita miliki.
1
Henry Gerijih, The Iban Feast of The Departed, Sarawak Dayak Community, 1998, hal 15-16 Chemaline Usop, Waris Daya Idup Iban Vol II, Pegari Iban Production, 2011, hal 105-106 3 Mike Reed, Artikel : Feasting With The Dead And The Living, 1997. 4 Temuramah dengan Puan Jerigah pada 12 Mac 2013 pukul 7.00 malam 5 Beban Ramu ialah proses menyediakan kayu untuk membuat sungkup. 6 Sungkup ialah tugu yang di bina untuk diletakkan di kubur si mati. 7 Ngeratok ialah proses untuk membuat sungkup. 8 Ruai ialah beranda atau ruang bahagian rumah panjai yang luas selepas bilik. 9 Tanju ialah beranda luar selepas bahagian ruai. 10 Temuramah dengan Puan Jerigah pada 12 Mac 2013 pukul 7.00 malam 11 Ranyai ialah sebarang jenis pohon yang di gantung dengan pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat Iban pada dahan pohon tersebut 12 Ranyai antu ialahranyai yang disediakan untuk roh si mati dan diletakkan di bahagian tanju. 13 Temuramah dengan Puan Jerigah pada12 Mac 2013 pukul 7.00 malam 14 Gregory Nyanggau Mawar, Artikel :Asal Iban Nemu Nyabung, 2009. 15 Leka geliga ialah ceramah oleh Tuan Rumah atau Ketua Perayaan. 16 Nimang jalong ialah lemambang yang mengalunkan mantera untuk memberkati wain suci yang mana adalah minuman oleh si berani. 17 Ngepan ialah pakaian tradisional wanita Iban. 18 Ai jalong ialah wain suci untuk si berani. 19 Bedengah ialah lelaki berani yang pernah terlibat dengan sebarang bentuk peperangan. 20 Nuntung ke jalong ialah upacara meminum wain suci oleh si berani. 21 Muai rugan ialah pemusnahan khemah yang telah di bina. 22 Op.cit, Henry Gerijih,The Iban Feast of The Departed, Sarawak Dayak Community, 1998. 23 Upacara bebungkar ruangialah upacara memakan daging dengan wain selepas memusnahkan khemah. 24 Ngambi tebalu ialah berakhir tempoh berkabung yang dialami oleh anak-anak dan balu si mati. 25 Jantan Umbat & Janang Ensiring, Ripih Pengawa Gawai Antu, Tun Jugah Foundation, 2004, hal 26 Upacara berangap ialah persembahan makanan untuk para tetamu. 27 Nganjung sungkup ialah menghantar tugu ke tanah perkuburan. 28 Op.cit, Henry Gerijih, The Iban Feast of The Departed, Sarawak Dayak Community, 1998. 2
(3189 patah perkataan)
15