Pada akhir sesi PdP, murid dapat: 1. Murid dapat menjelaskan maksud kolaj. 2. Menghasilkan gambar rambutan dengan teknik kolaj
Media
:
Alat
: Gunting
Bahan : kertas templet gambar buah rambutan, gam dan kertas warna Bahan Bantu Mengajar
:
i. Klip video lagu buah-buahan ii. Persembahan powerpoint pengertian kolaj dan bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj. iii.Contoh gambar buah rambutan yang menggunakan teknik kolaj.
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]
Bidang : Menggambar
STANDARD KANDUNGAN :
1.
Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni warna dan rupa)
2.
Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.
3.
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
4.
Apresiasi terhadap karya seni.
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa- organik 1.1.1.2 Warna – premier, sekunder, tertier 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Harmoni – rupa, bentuk dan warna 1.1.2.2 Kesatuan – kesatuan unsur alam semulajadi
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 1.2.1.1 Alat-gunting 1.2.1.2 Bahan – kertas templet gambar buah rambutan, kertas warna 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya. 1.2.2.1 Teknik – kolaj JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]
Bidang : Menggambar 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan unsur seni( garisan, warna dan rupa) dalam penghasilan karya 1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan 1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Set Induksi (5 minit)
Guru memberikan teka-teki yang mudah berkaitan buah-buahan kepada murid-murid. Buah apakah yang mempunyai banyak duri? Buah apakah yang mempunyai mahkota di atas kepalanya?
Persepsi Estetik (8 minit)
Murid-murid diberi penerangan berkaitan khasiat buah-buahan.
Murid menyanyikan lagu ‘Buah-buahan’ bersamasama
JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]
Bidang : Menggambar
Aplikasi Seni (10 minit)
Guru menunjukkan contoh beberapa lukisan kolaj buah.
Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan kefahaman mereka mengenai konsep kolaj. (cth kolaj buah.pptx – slaid 1-3)
Guru menerangkan maksud kolaj kepada muridmurid. (cth kolaj buah.pptx - slaid 5,6)
Ekspresi Kreatif (25 minit) Langkah 1:
Murid mendengar penerangan guru bagaimana menghasilkan gambar kolaj buah rambutan serta bahan-bahan yang digunakan.
Murid akan menjalankan aktiviti secara berpasangan
Guru mengedarkan templet gambar buah rambutan dan kertas warna kepada setiap kumpulan.
Nilai: Kerjasama kesabaran
Langkah 2:
Murid mengoyak atau menggunting kertas warna dalam saiz yang kecil dan menampalnya di atas templet gambar mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru. JAMIL BIN AHMAD [PPG21628/12]
Bidang : Menggambar
Langkah 3
Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut reka bentuk yang disediakan menggunakan gam bermula warna merah diikuti dengan jingga, isinya berwarna putih susu dan tangkainya berwarna coklat.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi penekanan kepada kekemasan hasil kerja.
Murid bekerjasama menyiapkan kolaj buah rambutan.
Apresiasi Seni (7 minit)
Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti.
Guru memberi peneguhan dan pujian positif terhadap karya yang dihasilkan.
Penutup (5 minit)
Guru menyoal kembali kepada murid-murid apa maksud kolaj.
Guru memasang sekali lagi klip video lagu ‘buahbuahan’ dan murid menyanyi bersama-sama.