Pengenalan Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi para penemuduga untuk menentukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.
Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada
kehendak
pihak
yang
menganjurkannya.
Bagaimana
ia
dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana ia menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.
Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga calon pengawas sekolah, perkara-perkara berikut telah didapati: 1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’. 2. Bersikap pasif semasa temuduga. 3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik. 4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. 5. Kurang pengetahuan am.
Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi. Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki perkara-perkara berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.
Menyedari
hakikat
kepentingan
temuduga,
satu
Ceramah
Menghadapi Temuduga telah diadakan di SK Convent Lebuh Light untuk murid-murid tahap 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Wong Wai Pheng, Guru Bimbingan dan Kauseling SK Convent Lebuh Light. Beliau telah berkongsi ciri-ciri seorang pengawas serta tips soalan temu duga pengawas sekolah
Objektif
Memberi pendedahan awal kepada bakal pengawas yang akan ditemuduga. Melahirkan pengawas yang berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri yangcemerlang. Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai daya komunikasi yang tinggi. Menjana idea baru dalam melahirkan pengawas yang berdedikasi dan berhemahtinggi.
Ciri-Ciri Seorang Pengawas
anda mesti bersikap jujur dan tidak pentingkan pujian.
seorang pengawas mestilah berani memberi soalan dan jawapan yang difikirkan baik.
seorang pengawas haruslah bersikap positif dan terbuka bagi memberi sebarang tindakan.
anda harus berani dan sanggup menghadapi masalah ,cabaran serta risiko.
anda mestilah terdiri daripada orang yang amanah sehingga dapat pikul tanggungjawab.
anda tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri.
Tips Soalan Temu Duga Pengawas Sekolah
Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas?
Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah?
Berikan 2 guru disiplin yang anda kenal?
Berikan 3 ciri-ciri seorang pengawas yang ada pada diri anda?
Apakan masalah yang bakal dihadapi oleh seorang pengawas?
Dapatkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian?
Apakah tindakan anda sekiranya anda dibuli semasa menjalankan tugas?
Atur cara
8.00 pagi : Murid Tahap 2 berkumpul di dewan 8.15 pagi : Ceramah Menghadapi Temuduga oleh Pn. Wong Wai Pheng, Guru Bimbingan & Kaunseling SKCLL 9.30pagi : Slot soal & jawab 9.45 pagi : Bersurai
1. Memberi pendedahan awal kepada bakal pengawas yang akan ditemuduga. 2. Melahirkan pengawas yang berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri yangcemerlang. 3. Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai daya komunikasi yang tinggi. 4. Menjana idea baru dalam melahirkan pengawas yang berdedikasi dan berhemahtinggi.
Kumpulan Sasaran
Murid – Murid Tahap 2
Bilangan murid
235 orang
Guru yang terlibat
Rujuk Senarai AJK yang dilampirkan
Impak
Murid-murid dapat tips-tips mernghadapi temuduga. Murid - murid juga lebih bersedia menghadapi temuduga pengawas di sekolah.