eBook Panduan Pendaftaran Kmpk 2019
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: Amirul Syafiq Kamal
- File size: 2.7 MB
- File
type: application/pdf
- Words: 2,620
- Pages: 26
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31600 GOPENG PERAK Tel: 05-3594600 Faks: 05- 3594412
BUKU
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2019/2020 TARIKH PENDAFTARAN RASMI 12 MEI 2019 (AHAD) URUSETIA PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN LELAKI : KOLEJ KEDIAMAN SERI IPOH MASA 8.00 pagi – 1.00 petang TAKLIMAT WARIS 9.30 pagi (DEWAN SERI KINTA) ARAHAN Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MAKLUMAT AM PENGENALAN Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 Mac 2002. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat semester bagi jurusan Sains (Aliran Sains Sahaja). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.
KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL * Semua pelajar akan ditawarkan kemudahan penginapan di kolej kediaman pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Terdapat 5 buah kolej kediaman iaitu:
Kolej Kediaman Pelajar Perempuan i) ii) iii)
Kolej Kediaman Seri Kerian Kolej Kediaman Seri Intan Kolej Kediaman Seri Teja
Kolej Kediaman Pelajar Lelaki i) ii)
Kolej Kediaman Seri Iskandar Kolej Kediaman Seri Ipoh
* Pindaan bilik pelajar tertakluk kepada pihak Kolej. * Pihak pengurusan asrama kolej tidak menyediakan bantal dan cadar kepada para pelajar, justeru itu para pelajar dikehendaki untuk membawa cadar dan bantal untuk kegunaan sendiri."
JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR BARU SESI 2019/2020 Bil
Jurusan
i
Pelajar Sains Program Satu Tahun (PST)/ Pelajar Sains Program Dua Tahun (PDT)
ii
Pelajar Perakaunan
Jumlah Yuran Pendaftaran (RM) 496.60 446.60
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MAKLUMAT MPPB 2019/2020
Makluman kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar baharu sesi 2019/2020
Keadaan trafik semasa sesi pendaftaran adalah agak tidak memuaskan semasa hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini disebabkan oleh kekurangan parkir kereta dan keadaan muka bumi Kolej Matrikulasi Perak yang berbukit menyebabkan hanya sebuah pintu sahaja yang dibina untuk laluan keluar dan masuk. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk membawa hanya satu kenderaan sahaja semasa sesi pendaftaran bagi mengurangkan keadaan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung. Kesesakan trafik pada tahun lalu menyebabkan ibubapa/penjaga terpaksa mengharungi kesesakan selama hampir 4 jam di atas jalan raya untuk jarak hanya sejauh 4 km.
Pendaftaran pelajar akan diadakan pada waktu berikut : 8.00 pagi hingga 1.00 petang Sehubungan dengan itu, ibubapa/penjaga yang telah selesai mendaftar dimohon memberi kerjasama untuk beredar lebih awal dari kolej bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya semasa pulang dan melancarkan lalulintas di sekitar pekan Gopeng.
Para pelajar tidak dibenarkan balik bermalam atau keluar “outing” selepas hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini adalah kerana pihak kolej akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pelajar sepanjang minggu tersebut.
Ibubapa/penjaga diminta untuk bersedia dengan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung, sebarang kesulitan amatlah dikesali.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Calon-calon pelajar yang ditawarkan pengajian di peringkat Matrikulasi pada sesi 2019/2020 adalah secara atas talian (online). Sehubungan itu, calon-calon pelajar baharu Kolej Matrikulasi Perak wajib melaksanakan pendaftaran secara online bagi melancarkan sesi pendaftaran pada 12 Mei 2019 di KMPk.
Tarikh Pendaftaran Rasmi : Tarikh
Masa
Tempat
Taklimat Waris
Perempuan: Kolej kediaman masing-masing seperti di Slip ePendaftaran 12 Mei 2019 (AHAD)
8.00 pagi – 1.00 petang
Lelaki: Kolej kediaman masing-masing seperti di Slip ePendaftaran
9.30 pagi (Dewan Seri Kinta)
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN RASMI MULA
Melayari http://www.kmpk.matrik.edu.my
Muat turun e-Buku Panduan Pendaftaran
Membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Menyediakan fail gambar (softcopy berukuran Passport berlatarbelakangkan warna biru
- Membuat pendaftaran ONLINE - Muatnaik gambar berukuran Passport
Mendaftar diri ke Kolej Kediaman masingmasing di Kolej Matrikulasi Perak pada 12 Mei 2019
TAMAT
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Calon Setelah Mencetak Dokumen Panduan Pendaftaran (i) (ii)
(iii)
Melengkapkan semua borang. Yuran pengajian menggunakan slip pembayaran BSN (bayaran perlu dibuat di mana-mana Kaunter cawangan BSN) atas nama PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK dan no akaun 0810029000287661 Menyediakan fail gambar (softcopy) berukuran passport. Fail gambar tersebut WAJIB dimuat naik untuk urusan cetakan kad matrik.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MANUAL PENGGUNAAN SISTEM e-Pendaftaran Calon-calon yang ditawarkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak perlu melaksanakan pendaftaran secara online. Berikut adalah panduan penggunaan e-pendaftaran. 1.
Layari Laman Web Kolej matrikulasi Perak di alamat http://www.kmpk.matrik.edu.my. Pilih MENU PELAJAR Pendaftaran (e-Pelajar).
Atau Klik pada butang PELAJAR BAHARU (http://apps.kmpk.matrik.edu.my)
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
2.
Klik pada butang e-Pendaftaran Pelajar (http://mis.kmpk.matrik.edu.my/online)
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
3.
Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Sila pastikan anda telah membuat pembayaran yuran.
4.
Sila isikan maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti dalam rajah di bawah. Klik butang e-pendaftaran Pelajar setelah selesai mengisi kesemua maklumat tersebut.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
5.
Slip pendaftaran akan dijanakan. Klik butang cetak untuk mencetak slip pendaftaran. Sila cetak dua (2) salinan Slip Pendaftaran dan bawa semasa hari pendaftaran pada 12 Mei 2019. Contoh Slip e-pendaftaran
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
SENARAI SEMAK KEPERLUAN DAN DOKUMEN DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK SESI 2019/2020 Bil
Perkara
Kuantiiti
1.
Slip Asal Pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) warna biru (Sebagai Bukti Pembayaran Yuran)
1
2.
*Surat Tawaran BMKPM
1
* Borang Perjanjian Yang Lengkap a) Setem Hasil (RM 10 x 2 keping) (Setem dimatikan) b) Tandatangan Penjamin dan Saksi
2
3.
4.
*Buku Dokumen Pendaftaran ( Dokumen peribadi yang telah disahkan) Yang lengkap.
1
5.
Panduan Pendaftaran
6.
Gambar Berukuran Pasport
7.
Peraturan Khusus Kolej Matrikulasi Perak
1
8.
Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2019/2020
1
9.
Borang Pelekat Kenderaan Pelawat
1
10.
Borang Maklumat Pelajar (dilengkapkan)
1
11.
Pelan Meletak Kenderaan Semasa pendaftaran
1
12.
Carta Alir Proses Pendaftaran Pelajar
1
13.
Slip e-Pendaftaran
2
14.
Catatan
1 4
Slip Gaji Ibu dan Bapa (yang bekerja) atau Borang akuan pendapatan (bagi Ibu Bapa yang tidak bekerja) *Borang boleh dimuat turun daripada Laman Web Bahagian Matrikulasi
Bertanda * adalah maklumat yang perlu di cetak daripada Laman Web Bahagian Matrikulasi.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
CARTA ALIR PENDAFTARAN (PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR SECARA ON-LINE)
PELAJAR MULA MENERIM A KUNCI K PELAJAR MENGAMBIL PELAJAR TEMPAT MENGIKUT MENERIM SUSUNAN A CENDERA MATA
PELAJAR MENYERAHKAN DOKUMEN
PENGESAHAN PENDAFTARAN
DAFTAR DI BILIK REHAT KOLEJ KEDIAMAN SEPERTI YANG TERCATAT DI E-SLIP PENDAFTARAN PELAJAR
SILA SERAHKAN : 1. 1 SALINAN SLIP PENDAFTARAN (E-SLIP) 2. SLIP PEMBAYARAN YURAN (BSN WARNA BIRU)
SEMAK (NAMA PELAJAR)DENGAN SLIP PEMBAYARAN)
PELAJAR MENERIMA KUNCI BILIK BILIK SAKIT KOLEJ KEDIAMAN
PELAJAR MENERIMA CENDERAMATA
TAMAT
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
MAKLUMAT PELAJAR Nama Pelajar :
No. KP :
No. Matrik :
Tarikh Lahir :
Agama :
Keturunan :
_
__
Alamat :
No. Telefon Rumah :
Telefon Bimbit :
No. Akaun BSN :
MAKLUMAT BAPA Nama Bapa :
No. KP Bapa :
No. Telefon Bapa :
Keturunan Bapa :
Pekerjaan Bapa :
Jumlah Pendapatan :
RM
Bilangan Tanggungan :
MAKLUMAT IBU Nama Ibu :
No. KP Ibu :
No. Telefon Ibu :
Keturunan Ibu :
Pekerjaan Ibu : *Hubungan Ibu/Bapa : Suami Isteri/Bercerai/Bercerai Mati *Potong mana yang tidak berkenaan
*SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN SERAHKAN DI KAUNTER URUSETIA SEMASA HARI PENDAFTARAN
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
M
E
P
KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN PELEKAT KERETA PELAWAT SESI 2019/2020 No. Pendaftaran Kereta
Catatan: 1 2
No. Siri Pelekat (Kegunaan Pejabat)
Borang ini perlu diisi lengkap dan diserahkan pada Minggu Pengurusan Pelajar (MPPB). Pelajar hanya dibenarkan membeli 1 pelekat kenderaan sahaja . Satu pelekat kenderaan berharga RM 5.00.
1. Nama Penuh Pelajar (huruf besar)
2. No. Kad Pelajar: 3. No. Matrik:
4. Nama Ibu/bapa/Penjaga: 5. Alamat Rumah Ibu/bapa/Penjaga: 6. No. Telefon Rumah :
7. No. Telefon Bimbit:
8. NAMA PELAWAT(Selain di atas) jika ada
HUBUNGAN
CATATAN
8.1 8.2 8.3 9. Saya mengaku bahawa butir-butir yang tersebut di atas adalah benar. (tindakan disiplin akan diambil jika terdapat pemalsuan maklumat)
Tarikh: ……………………………………
………………………………. ( Tandatangan pemohon)
Untuk Kegunaan Pejabat PENGESAHAN
Jumlah_Bayaran : (1) RM 5.00 NO_resit : ……………………
………………………………….. ( ) T.T dan nama Pegawai
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PELAN LALUAN KENDERAAN DAN PARKIR HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Seri Teja PELAN
PARKING Seri Intan Seri Kerian
DSK Pintu Masuk Utama
Padang Makmal Komputer
BUKU PROGRAM MPPB
Laluan Kenderaan Pelajar Lelaki Laluan Kenderaan Pelajar Perempuan
P Parkir Staff KMPk Parkir Pelawat Masjid
DSK
Seri Ipoh Dewan Sri Kinta Seri Iskandar
Laluan Berjalan Kaki Ke Asrama Lelaki
PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK (UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA DAN PELAJAR)
Peraturan ini hanya sebahagian kecil peraturan kolej yang merupakan peraturan khusus Kolej Matrikulasi Perak daripada peraturan keseluruhan Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan berdasarkan buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2008/2009.
A.
SISTEM CUTI BALIK BERMALAM
1.
Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti rasmi kolej (selain dari masa yang ditetapkan) hanya daripada Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar.
2.
Kelulusan balik bermalam untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat hanya daripada felo (warden) sahaja.
3.
Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan mengambil pelajar untuk dibawa balik bermalam tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.
4.
Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di ”scan” sebelum keluar dan apabila balik ke kolej.
5.
Pelajar tidak dibenarkan balik bermalam jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau manamana felo).
6.
Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan balik bermalam.
B.
C.
D.
SISTEM KELUAR KE BANDAR (OUTING) HUJUNG MINGGU
1.
Pelajar hanya dibenarkan outing pada hujung minggu iaitu hari Jumaat selepas kuliah, Sabtu dan Ahad (mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam).
2.
Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di “scan” sebelum keluar dan apabila balik ke Kolej.
3.
Kelulusan (secara bertulis atau on line) dari felo blok berkenaan diperlukan bagi kes outing kecemasan selepas jam 7.00 malam.
4.
Pelajar tidak dibenarkan keluar jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran dari Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo).
5.
Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan outing.
BALIK BERCUTI YANG DITENTUKAN OLEH KOLEJ / CUTI ANTARA SEMESTER / CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / CUTI KE LUAR NEGARA
1.
Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang ditentukan oleh kolej, cuti antara semester dan cuti pertengahan semester.
2.
Pelajar hanya dilepaskan balik bercuti pada hari terakhir kuliah sebelum cuti. Sebarang alasan untuk balik bercuti awal tidak akan dilayan.
3.
Permohonan cuti ke Luar Negara hendaklah melalui pihak Kolej 1 bulan sebelum dari tarikh tempahan tiket. Kelulusan adalah daripada pihak Bahagian Matrikulasi.
PENAMPILAN DIRI PELAJAR 1.
Pelajar diwajibkan memakai pakaian kuliah yang lengkap sepanjang masa ketika waktu kuliah, berurusan dengan pentadbir / pensyarah / lawatan rasmi. Pakaian kuliah bagi pelajar lelaki adalah baju kemeja tanpa corak dan berseluar panjang (seluar jeans tidak dibenarkan), memakai tali leher
memakai stoking dan berkasut warna gelap. Pakaian kuliah bagi pelajar perempuan adalah digalakkan berpakaian baju kurung dan berkasut yang bertutup.(Rujuk Etika Penampilan Pelajar)
E.
F.
2.
Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalam kolej.
3.
Pakaian bagi outing atau balik bermalam bagi pelajar perempuan adalah sama seperti pakaian kuliah manakala pelajar lelaki dibenarkan memakai kemeja-t berkolar dan kemas.
4.
Semua pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
5.
Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Mewarnakan rambut adalah dilarang.
SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK KAWASAN KOLEJ
1.
Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan ibubapa / penjaga hanya melalui pintu utama kolej.
2.
Ibubapa / penjaga yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan di pintu masuk kolej. Nombor kenderaan ibubapa / penjaga yang engkar atau tidak menghormati tugas pengawal keselamatan akan disenarai hitamkan dan dilarang sama sekali memasuki kawasan kolej pada masa yang lain.
3.
Ibu bapa / penjaga yang hendak masuk ke kawasan kolej untuk menemui / berurusan dengan pelajar dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam kawasan kolej.
SISTEM LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA
1.
Hari lawatan biasa bagi ibubapa / penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, mulai pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam.
G.
H.
2.
Ibubapa / penjaga yang membawa anak keluar pada hari lawatan perlu menghantar semula anak-anak ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam.
3.
Selepas jam 7.00 malam, kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej
4.
Pelawat tidak di benarkan masuk ke dalam kawasan kolej pada hari Kuliah ( Kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Kolej )
KAFETERIA 1.
Semua pelajar dikehendaki makan dan minum di kafeteria yang telah disediakan.
2.
Para pelajar boleh menggunakan mana-mana kafeteria dan kantin pada waktu siang sehingga selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Selepas 9.00 malam, kawasan Kafeteria A adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan manakala Kafeteria B, C dan kantin adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki.
BARANGAN DAN TINGKAH LAKU TERLARANG 1.
Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan segala jenis peralatan elektrik seperti televisyen, perakam pita video, peti sejuk, cerek elektrik, pemanas air, periuk nasi dan lain-lain alatan yang menggunakan sumber elektrik kolej selain daripada yang disediakan oleh kolej kecuali alat pencegah nyamuk, pengecas bateri untuk kegunaan radio kaset kecil, jam loceng dan telefon bimbit.
2.
Penyalahgunaan dadah, memiliki atau mengedar ganja, membawa atau menyimpan senjata berbahaya, membawa atau menyimpan bahan letupan, menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap, mencabul kehormatan, melawan / mengancam / memukul / mencederakan pensyarah atau pelajar lain, memeras ugut, membuli, berkhalwat, menceroboh bilik khas / makmal / kedai koperasi / pejabat kolej atau asrama / rumah warden, menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman awam, keluar dari kolej tanpa kebenaran, mencuri, berjudi dan bertaruh merupakan kesalahan berat yang akan dilaporkan kepada pihak polis, digantung pengajian atau diberhentikan daripada program matrikulasi.
I.
LARANGAN MEROKOK
Seluruh kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok.
Arahan:
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAJAR PEREMPUAN DIGALAKKAN MEMAKAI BAJU KURUNG SEMASA SESI KULIAH
MAKLUMAN PELAJAR
BARANG-BARANG LARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA MASUK KE KOLEJ KEDIAMAN.
SETERIKA ELEKTRIK DAPUR ELEKTRIK PERIUK ELEKTRIK CEREK ELKTRIK PEMANAS AIR ELEKTRIK (HEATER) TELEVISYEN KIPAS PENDINGIN HAWA (COOLER) PETI SEJUK GITAR ROKOK/ROKOK ELEKTRONIK MERCUN/BUNGA API BAHAN-BAHAN LUCAH (MAJALAH, GAMBAR, FILEM, DLL) SEMUA JENIS SENJATA SPEAKER RADIO DESKTOP/PRINTER SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK SEMUA JENIS BAHAN MEMABUKKAN/MENGKHAYALKAN.
PERHATIAN BARANG-BARANG LARANGAN YANG BERADA DALAM SIMPANAN PELAJAR AKAN DIRAMPAS DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
ARAHAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PANDUAN PENYEDIAAN GAMBAR PELAJAR KMPK 1) Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar pasport, dalam format jpg. 2) Gambar hendaklah berlatarbelakangkan warna biru. 3) Gambar dengan posisi mengiring tidak diterima. 4) Sahsiah Rupa Diri Pelajar: a. Pelajar Lelaki: i. Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher; ii. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan, bersesuaian dan kemas. b. Pelajar Perempuan: i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak mencolok mata; ii. Pelajar Islam digalakkan bertudung Contoh Gambar Yang Diterima
Contoh Gambar Yang Tidak Diterima
Contoh Kad Pelajar
Catatan: Bakal Pelajar diingatkan untuk memohon kembali fail gambar softcopy (CD) anda dari kedai kerana gambar tersebut yang akan digunakan bagi e-pendaftaran dan muat naik gambar untuk kad pelajar.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
(LELAKI)
SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN SESI 2019/2020
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
(PEREMPUAN)
SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN SESI 2019/2020