esaimen bangsawan
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: Umamageswari Raju
- File size: 344.2 KB
- File
type: application/pdf
- Words: 1,396
- Pages: 9
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
1.0 PENGENALAN
Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Selain itu, bangsawan juga bermaksud komedi, wayang atau sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja – raja zaman dahulu) yang di persembahkan di panggung . Sekiranya ditambah perkataan anak, perkataan bangsawan bermaksud anak orang bangsawan atau pelakon komedi bangsawan. Teater bangsawan antara teater tradisional yang masih lagi aktif dipentaskan. Bangsawan adalah teater yang kaya dengan nilai-nilai estetiknya yang merangkumi pelbagai corak kesenian dan ciri-ciri kebudayaan.
Bangsawan merupakan satu-satunya daripada seni drama dan
pementasan yang benar-benar menjadi hak milik orang Melayu.
2.0 Sejarah Bangsawan
Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga
ke
Indonesia.
Bangsawan
adalah
yangpopular pada awal abad ke – 19. Kesenian kebudayaan
dan
kesenian
yang
salah
satu
bentuk
teater bangsawan
cukup
berharga.
teater
merupakan Ia
Melayu khazanah
kayadengan teknik –
teknik estetik yang wajar dipelihara serta dikekalkan sebagai tradisi bangsa. Seperti kata Winsted
dan
yang
dipetik
oleh
Brandon
(1974)
:
“Bangsawan merupakan satu –
satunya daripada seni drama dan pementasan yang benar – benar menjadi hak milik orang – orang Melayu”.
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India. Sejarah bangsawan bermula di Asia Tenggara dengan ketibaanWayang Parsi atau Mendu di Pulau Pinang sekitar tahun
1870. Rombongan
pelakon lelaki
mempersembahkan kisah-kisah
dari Bombay bertawaf seluruh negara
klasik dari Timur Tengah, Parsi dan India dengan bahasa
pengantar ialah Hindi disulami lagu-lagu Hindustani. Sekelip mata ia disambut sebagai satu fenomena dengan undangan di majlis perkahwinan, pesta dan majlis diraja. Dalam tahun-tahun 1900, bangsawan lebih banyak bertumpu di Singapura memandangkan kebanyakan rombongan
bangsawan
yang
akan
menyeberang
ke Indonesia
singgah
beberapa
lama di pulau tersebut. PushiIndera Bangsawan dikatakan kumpulan bangsawan pertama di Malaysia.Kemudian kita mendengar nama-nama lain seperti Seri Penglipur Lara yang aktif mementas bangsawan di Happy World, New World dan panggung Alhambra
di
Singapura. Kedatangan Jepun menjadikan kumpulan bangsawan dipaksamempersembahkan kisah-kisah dengan elemen propaganda Jepun dan initerlihat pada persembahan kumpulan Mina
Bakar
dan kumpulan
Din-Tijah.Selepas
itu
bangsawan
terus
popular
dengan
persembahan antara lain ialahRaja Laksamana Bentan dan Jula Juli Bintang Tiga. Bangsawan
pernah disifatkan sebagai commedia dellárte timur dengan mempertahankansifat-sifat teater tradisional rantau Timur
Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan „Bangsa‟ dan „Wan‟. „Bangsa‟ bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. „Wan‟ pula ialah gelaran untuk orang kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada persembahan untuk golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun demikian, setelah diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut bertembung dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang oleh Shakespeare yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan drama bangsawan menjadi
lebih menarik. Hal ini telah
menyebabkan munculnya istilah opera dalam seni teater melayu.
Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu. Pengaruh opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran tentang pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni teater Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan yang semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater Melayu banyak disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih penting serta lagu-lagu hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater melayu.
Kini dalam usaha mempopularkan kembali persembahan bangsawan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan program Semarak Bangsawan. Setiap hujung minggu kedua bermula pada bulan Mac sehingga Disember di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga bangsawan terus berkembang dan diminati masyarakat Malaysia.
3.0 Terdapat tujuh ciri teatrikal dalam bangsawan iaitu :
Mempunyai tujuh latar
Unsur Tasmat
Gaya Lakon
Bahasa
Muzik
Tarian
Extra-turn
Mempunyai tujuh latar
-Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu seperti hutan, rumah, istana, gua, taman bunga, kampung , jalan kampong. Latar akan ditukarkan mengikut kesesuaian adegan-adegan yangterdapat dalam cerita teater bangsawan.
Unsur Tasmat
-Spektakular merupakan unsur kekaguman yang ada dalam persembahan bangsawan. Ia seringkali disebut sebagai tasmat. Unsur ini wujud dalam persembahan bangsawan bagi memberi kekaguman kepada penonton tentang apa yang dipaparkan. Oleh itu, penonton akan lebih teruja dan percaya dengan aksi yang dipaparkan di atas pentas. Ia hanya digunakan pada babak-babak tertentu sahaja yang diberi penekananseperti babak aksi, magis, kayangan, dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan asap buatan semasa babak di alam mimpi, penyalaan api di atas pentas semasa babak berada di neraka, atau air yang turun dari atas pentas kononnya air itu adalah air mata bidadari. Tasmat bolehlah dikatakan sebagai efek atau trick untuk mewujudkan elemen kekaguman itu sendiri. Bezanya bangsawan dengan persembahan tradisional lain, elemen kekaguman itu ditunjukkan secara visual dan fizikal di atas pentas.
Gaya Lakon
-Gaya lakon di dalam bangsawan merupakan elemen yang istimewa. Ini kerana ia berbeza dengan gaya lakon persembahan teater moden, terutamanya yang beraliran realism. Ia masih mengekalkan gaya lakon biasa, cuma diperbesar-besarkan. Gestura tangan, gerak badan, mimik muka, gaya pengucapan dialog; semuanya diperbesar. Ini bertujuan untuk menarik perhatian audien terhadap bahasa tubuh mereka yang besar. Selain itu, memang tujuan mereka agar audien sentiasa melihat apa jua yang mereka lakukan di atas pentas.
Selain untuk tujuan pemahaman mesej, ia berkait rapat dengan showmanship mereka selaku pelakon yang digilai penonton (dalam konteks semasa zaman popular bangsawan).
Bahasa
-Bahasa yang digunakan dalam persembahan bangsawan merupakan bahasa istana. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gurindam, lagu, seloka, bersyair, dan sebagainya.
Muzik
-Muzik merujuk kepada bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan ataupun untuk mengiringi tarian tarian dan nyanyian adalah perlu untuk menghidupkan persembahan bangsawan. Pada peringkat permulaannya adat-adat muzik yang digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol. Tetapi setelah pengaruh Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik Barat mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan. Pada peringkat kemashyurannya (antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin dari jenis “stringed instrumentals”, “drum”, tabla dan cymbal dari jenis “percussion”, dan terdapat juga seruling, “saxaphone”, “clarinet” dan “trumpet” dan jenis “wind instruments”.
Tarian
-Dalam persembahan bangsawan, terdapat juga babak-babak di mana ada unsur tarian dipertontonkan. Misalnya, babak hari pertabalan, majlis keramaian, bercinta, kayangan, dan sebagainya. Tarian yang dipersembahkan biasanya adalah tarian tradisional. Para penari juga adalah golongan terlatih dan selalunya sering mengambil peranan kecil dalam persembahan bangsawan seperti menjadi inang, dayang, orang kampung, dan sebagainya.
Extra – turn
-Extra-turn pula merupakan elemen yang tiada dalam persembahan tradisional lain. Extraturn
merupakan
persembahan
selingan
semasa
pertukaran
antara
dua
babak.
Biasanya, slot ini akan diisi dengan persembahan-persembahan yang tiada langsung kaitannya dengan cerita yang dipaparkan dalam bangsawan. Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak tertunggu-tunggu. Antara persembahan yang diselitkan ialah nyanyian dari penyanyi terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya.Namun, pada zaman kemasyuran bangsawan; tarian tradisional yang lebih banyak dipersembahkan semasa extra-turn. Penari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi persembahan dalam babak-babak extra-turn. Tarian-tarian lama yang pernah dijadikan popular oleh Bangsawan ialah tarian “Tarik Tari” ciptaan Kumpulan Wayang Siti Hawa, tariah “Mak Inang”, tarian “Lilin” dan lain-lain lagi. Dalam zaman Bangsawan mula mengambil gelaran opera selepas tahun 1930, tarian ala Barat seperti mambo dan ca ca ca telah menjadi kegemaran.
4.0 Fungsi teater bangsawan
Teater bangsawan juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara
warga
masyarakat
yang
menjadi pemilik cerita rakyat tersebut. Fungsi lain teater bangsawan adalah sebagai pengokoh nilai-nilai sosial budaya yang berlaku dalam masyarakat. Dalam teater ini juga terkadang ajaran-ajaran etika dan moral boleh digunakan sebagai pedoman bagi masyarakat. Di samping itu
di dalamnya juga terdapat larangan dan
pantangan yang perlu dielakkan. Teater bangsawan sebegini berguna bagi warga masyarakat
pendukungnya
pergaulan sosial.
boleh
menjadi
tuntunan
tingkah laku
dalam
5.0 Contoh-contoh cerita bangsawan
BUTUH SUKARELAWAN
MANUSIA SATU KATA
PAK SERKAH
TEMAN BAIK YANG KHIANAT
LAGENDA GUNUNG BATU SAPU
SI BUTA DAN SI BUKUNG
ANAK PIPIT DAN KERA
JAMPANG
LAGENDA TELAGA BIDADARI
DATU KALAKA
PAGERAN SARIF
ASAL USUL KOTA BENJAMASIN
ULAR DANDAUNG
HIKAYAT BUNGA KEMUNING
KERIS MENJADI SAKSI
PUTERI SAADONG
MELATI PUJAAN TEMASEK
HJ.YUSTAN AJIDDIN