Kajian Isu

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by: Hairul Anuar Hairul
  • File size: 160.5 KB
  • File type: application/pdf
  • Words: 747
  • Pages: 7
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

SCE3143 1.0

PENGENALAN KAJIAN

1.1

Pembuangan Sampah-sarap Sampah sarap ( municipal solid waste ) dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempattempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik ( Ridwan Lubis, 1994 ). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa proses pengilangan. Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurangkurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan tahap rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin serius. Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan. Natijahnya, kita dapat melihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, pejabat, kedai, tepi dan dalam sungai dan seumpamanya. Hal ini kerana adanya sikap tidak bertanggungjawab sesetengah masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut merupakan pembawa penyakit seperti taun. Tambahan pula, takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah telah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Keadaan ini mendorong kepada penyebaran penyakit demam denggi yang boleh membawa maut kepada manusia.

1

SCE3143 Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan keindahan dasar laut dan seterusnya menjejaskan kehidupan hidupan laut. Menurut laporan Program Alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP telah menyatakan bahawa berlakunya kematian di kalangan hidupan laut seperti penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan barangan plastik. Kajian juga telah menganggarkan bahawa di seluruh dunia sebanyak seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik. Kejadian ini telah mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik.

Rajah : Pembuangan sampah-sarap di dalam sungai

Rajah : Pembuangan sampah-sarap di tepi jalan 2

SCE3143 2.0

Pelaksanaan Kajian Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, kita boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas semula. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

2.1

Penghasilan Bekas Pensel dari Gelung Tisu Apabila tisu dapur habis digunakan, kebiasaannya gelung kertasnya akan dibuang. Terlintas di kotak fikiran mengapa tidak menghasilkan sesuatu benda yang berfaedah dari gelung kertas tersebut. Gelung kertas yang berbentuk silinder dan keras itu boleh dijadikan sesuatu untuk diguna semula mengikut kreativiti. Idea ingin membina produk ini bertambah kuat apabila memerhatikan kebanyakan murid sering tidak mempunyai peralatan asas yang lengkap untuk belajar seperti pemadam, pensel, pembaris dan pensel warna. Terdapat juga murid-murid yang sering tertinggal alat tulis di dalam meja apabila meninggalkan kelas. Apabila dihimpunkan alat tulis tersebut jumlahnya agak banyak.

2.2

Bahan yang diperlukan 1.

2 buah gelung tisu

2.

Kain flanel

3.

Gam kain

4.

Zip

5.

Jarum

6.

Benang

3

SCE3143 2.3

Langkah-langkah menghasilkan bekas pensel dari gelung tisu Langkah 1  Ambil kedua-dua gelungan tisu dan potong salah satu dengan ukuran 1/3 daripada panjang asalnya.

Langkah 2  Potong sehelai kain flanel kepada dua bahagian berbentuk segi empat. Panjang dan lebar kain yang dipotong perlu sama dengan panjang dan lebar kedua-dua gelungan tisu.  Kedua-dua helaian kain flanel tadi dijahit dengan zip.

4

SCE3143 Langkah 3  Jahit bahagian tepi kain flanel tadi.

Langkah 4  Selepas itu, masukkan kedua-dua gelungan tisu ke dalam kain flanel yang siap dijahit.

5

SCE3143 Langkah 5  Gunting kertas tebal menjadi 2 bentuk bulat untuk menutup bahagian atas dan bawah bekas pensel yang berlubang.  Bentuk bulat tersebut boleh ditampal dengan kain flanel.

Langkah 6  Langkah terakhir, jahit bahagian penutup bawah dan atas.

6

SCE3143

Rajah : Bekas pensel dari gelung tisu

7