Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by: Ah Peng
  • File size: 644.6 KB
  • File type: application/pdf
  • Words: 3,051
  • Pages: 16
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

Laporan Perkhemahan unit beruniform PISMP Ambilan Januari 2014 telah dibagagikan kepada 2 unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Persatuan Bulan Sabit Merah akan mengadakan program perkhemahan di Telok Gorek. Setelah kami telah mendapat tahu bahawa kami akan berkhemah di Telok Gorek, kami telah membuat mesyuarat untuk melantik Ahli Jawatankuasa. Kami telah bercadang melantik ajk-ajk seperti pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan sebagainya. Pada petangnya, kami telah bermesyuarat tentang apa yang akan dibuat semasa malam kebudayaan nanti dan kami diberi tema iaitu 1 Malaysia. Setelah bermesyuarat, kami telah bercadang iaitu setiap kelas akan mempersembahkan skesta, tarian dan nyanyian.Oleh itu, setiap kelas akan berlatih persembahan malam kebudayaan dengan menggunakan masa lapang masing-masing supaya dapat melakukan persembahan yang terbaik. Selepas itu, kami akan bermesyuarat dengan pensyarah sehari sebelum pergi ke perkhemahan. Pensyarah memastikan dengan kami bahawa semua alatan dan pengangkutan perlu disediakan sebelum pergi ke perkhemahan. Beliau juga memberi arahan agar kumpul di astaka pada jam berapa dan masa kita akan bertolak ke Telok Gorek.

Page | 1

Pada 07 September 2015, kami PISMP Ambilan Januari 2014 telah mengikuti perkhemahan unit berunifom di Telok Gorek Camp dan Chalet, Pantai Teluk Gorek, Kampung Tanjung resang, Mukim Endau, Mersing, Johor. Pada jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di Unit Gerko. Kami telah menolong AJK alatan menyemak alatan yang perlu dibawa ke perkhemahan dan kami juga membawa beg-beg kami untuk diletakkan ke dalam bus Iptho. Pada jam 7.30 pagi, kedua-dua bus Iptho telah datang dan kami mengangkat alatan dan beg-beg kami ke dalam bus tersebut. Alatan yang dibawa oleh kami ialah buluh, kompas, Life-Jacket dan sebagainya. Selepas itu, kami telah bertolak ke Telok Gorek. Pada jam 8.30, kami telah berhenti di Jentayu Corner untuk bersarapan pagi di tempat itu. Selepas 30 minit, kami telah bersedia untuk menaiki bus dan meneruskan perjalanan kami ke Telok Gorek untuk perkemahan unit beruniform kami. Pada jam 12.00 pm, kami pun tiba di Teluk Gorek. Kami telah mengangkat alatan dan beg-beg kami dan diletakkan di dewan tersebut. Selepas itu, kami telah makan tengah hari yang dibawa oleh AJK makanan dan kami makan di dewan tersebut Pada jam 2.00 petang, kami telah diberi taklimat oleh Encik Faizal. Beliau telah memberi taklimat tentang kami akan membina khemah di tepi pantai dan selepas membina khemah, kami akan membuat gajet berdasarkan buluh yang ada pada kami. Selepas itu, kami telah membuat khemah dan gajet hingga jam 4.00 petang. Pada jam 4.00 petang, kami telah pergi minum petang di dewan makanan. Selepas minum petang, kami telah meneruskan kerja kami dengan membuat gajet dan khemah hingga jam 7.00. Pada jam 7.00 malam, kami telah bersedia makan malam di dewan makanan. Selepas itu, kami telah meneruskan kerja membuat gajet dan khemah hingga jam 9.00 pagi. Selepas itu, kami telah berkumpul di dewan dan mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Mokhtar berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan hari. Pada jam 11.00 pm, kami telah pergi ke khemah untuk tidur. Bagi yang belum menghabiskan kerja mereka, mereka akan meneruskan kerja mereka hingga kerja mereka selesai. Pada masa yang sama, rondaan malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi Page | 2

dan guru pelatih akan menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pada keesokan hari iaitu 08 September 2015, pada jam 6.30 pagi, kami telah berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah menikmati sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami telah menukar pakaian unit-beruniform masing-masing di dalam khemah untuk mengikuti perhimpunan pagi. Selepas perhimpunan pagi, kami disaingkan dengan KRS akan mengikut pensyarah KRS dan BSMM akan mengikut pensyarah mereka menjalankan aktiviti masing-masing. Bagi KRS, kami akan berlatih kawad kaki hingga jam 10.00 pagi.

Gambar tersebut menunjukkan kami sedang makan sarapan.

Pada jam 10.00 pagi, kami telah menikmati minum pagi kami di dewan makanan.Pada jam 10.30 pagi, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti kompas dan membaca peta yang dipimpin oleh Encik Sallehudin. Kami telah diberikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kompas dan kertas A4. Pensyarah telah mengajar kami membaca kompas dan beliau telah meminta setiap kumpulan membaca kompas dan mencatatkan kedudukan yang berada dalam dewan tersebut. Contoh, dalam dewan tersebut mempunyai 8 tiang. Pensyarah meminta setiap wakil dalam kumpulan untuk bermula berjalan di titik permulaan dan akan berjalan dari titik permulaan ke tiang. Selepas itu, pencatat akan mencatatkan sudut yang ada pada tiang yang akan dijalankan oleh wakil tersebut. Kami menjalankan aktiviti tersebut hingga jam 1.20 petang.Selepas itu, kami telah menikmati makanan petang di dewan makanan. Kemudian, kami telah balik ke khemah untuk membawa alatan yang seterusnya iaitu pengembaraan. Page | 3

Pada jam 2.30 petang, kami telah berkumpul di depan dewan untuk aktiviti pemgembaraan. Pensyarah telah memberi taklimat bahawa guru pelatih perlu membawa sekurang-kurang 1 sampah dan dimasukkan ke dalam plastik sampah yang akan dibawa oleh Ajk Kebersihan semasa pengembaraan dijalankan. Kami telah mengembara di tepi pantai dan hutan. Kami mengembara hingga jam 4.00 petang. Selepas itu, kami telah pergi ke dewan makanan untuk minum petang.

Gambar tersebut menunjukkan kami sedang mengembara.

Pada jam 4.30 petang, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti yang seterusnya ialah ikatan atau simpulan tali. Dalam aktiviti ini, kami telah diajar cara membuat ikatan dan simpulan tali seperti ikatan manuk, buku sila dan sebagainya. Kami telah menjalankan aktiviti tersebut hingga jam 6.00 petang. Selepas itu, kami telah berada di dewan makanan pada jam 7.00 malam untuk makan malam. Selepas makan malam, kami telah balik ke khemah dan mengambil kain anduk untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Asas Pertolongan Cemas.

Page | 4

Gambar tersebut menunjukkan kami sedang belajar cara ikatan tali.

Pada

jam

8.30

malam,

kami

telah

bermulanya aktiviti Asas Pertolongan Cemas (APC). Aktiviti tersebut disampaikan oleh Encik Mokhtar. Kami ahli KRS akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan ahli BSMM akan mengajar kami menggunakan kain anduk untuk membalut luka di bahagian-bahagian tertentu. Selepas aktiviti Asas Pertolongan Cemas dijalankan, kami telah mengikuti aktiviti yang seterusnya dalam masa yang sama iaitu casualiti make-up. Aktiviti ini juga dikendalikan oleh Encik Mokhtar dan ahli BSMM. Aktiviti tersebut merupakan cara membuat luka dengan menggunakan bahan-bahan tertentu seperti tepung pulut, ink merah dan sebagainya. Beliau telah mengambil seorang model dengan menggunakan seorang ahli dari BSMM dan membuat luka dengan bahan-bahan yang ada. Kemudian, beliau meminta wakil dari kumpulan membuat luka dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mempersembahkan kepada para guru pelatih. Aktiviti tersebut akan diadakan sehingga jam 11.00 malam.

Page | 5

Gambar tersebut menunjukkan cara menggunakan kain anduk membalut luka.

Selepas

itu,

kami

mendengar

taklimat yang akan diberikan oleh Encik Mokhtar yang berkaitan dengan aktiviti keesokan harian. Selepas itu, kami telah balik ke khemah. Pada jam 12.00 pm, kami telah pergi ke khemah untuk tidur. Pada masa yang sama, rondaan malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi dan guru pelatih akan menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pada keesokan hari iaitu 09-09-2015, jam 6.30 pagi, kami telah berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah menikmati sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami telah menukar pakaian unit-beruniform masing-masing di dalam khemah untuk mengikuti perhimpunan pagi. Selepas perhimpunan pagi, kami disaingkan dengan KRS akan mengikut pensyarah KRS dan BSMM akan mengikut pensyarah mereka menjalankan aktiviti masing-masing. Bagi KRS, kami akan berlatih kawad kaki hingga jam 09.00 pagi. Selepas itu, pensyarah KRS dan BSMM memasuki kawasan kem kami dan memberikan markah kepada gajet yang dilakukan oleh kumpulan KRS dan BSMM.

Page | 6

Gambar

tersebut

menunjukkan kami sedang membuat senaman pagi.

Kemudian, kami telah menyediakan

alatan

dan

untuk menjalankan aktiviti ikhtiar hidup. Kami telah diberi botol air, beg perkhemahan, bekas makanan, keledek, telur dan sebagainya. Kami telah berjalan ke tempat ikhtiar hidup yang berada di dalam hutan. Kami telah dibahagikan mengikut teman yang tidur bersama anda semasa perkhemahan dalam kumpulan ikhtiar hidup. Kami telah mencari tempat yang sesuai dalam membuat ikhtiar hidup. Kami bermulanya dengan mencari dahan-dahan pokok yang lebih kecil atau daun pokok yang telah layu untuk memudahkan pembakaran. Kemudian, kumpulan kami akan membahagikan tugas dengan saya mencari kayu dan dahan pokok yang lebiih besar untuk memudahkan pembakaran manakala teman saya akan menyediakan makanan dan memasakkan makanan tersebut. Setelah saya telah mencari kayu, saya juga menolong teman saya dalam menyediakan dan memasak makanan seperti mencuci keledek, jagung dan sebagainya. Pada jam 12.30, kami telah mengambil makanan kami kepada pensyarah dan pensyarah akan cuba makanan kami dan memberikan markah. Selepas itu, kami telah berkumpul dan berjalan balik ke Telok Gorek.

Page | 7

Pensyarah

mencuba

makanan dimasak

kami pada

yang ikhthiar

hidup.

Kemudian, pada

jam

1.30 petang, kami telah menikmati makan tengah hari di dewan makanan. Kemudian, pensyarah memberi taklimat tentang beliau akan memberikan masa pada tengah hari sehingga malam untuk menyediakan persembahan malam kebudayaan pada malam yang akan datang. Kami menggunakan masa tersebut untuk melatih malam persembahan. Pada jam 4.00, kami telah minum petang dan jam 8.00 malam, kami juga telah makan malam di dewan makanan. Pada jam 9.00 malam, kami telah bermulanya malam persembahan di dewan. Pelbagai persembahan telah dijalankan iaitu tarian, nyanyian dan sebagainya yang berkaitan dengan tema 1 Malaysia.

Gambar menunjukkan

tersebut malam

persembahan.

Page | 8

Gambar menunjukkan

tersebut malam

persembahan.

Malam

Persembahan

telah dijalankan sehingga 11.00 malam. Selepas itu, Encik Jabar selaku ketua komander telah memberikan taklimat berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada esok. Selepas itu, kami telah balik ke khemah. Pada jam 12.00 pm, kami telah pergi ke khemah untuk tidur. Pada masa yang sama, rondaan malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi dan guru pelatih akan menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pada keesokan hari iaitu 10-09-2015, jam 6.30 pagi, kami telah berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah menikmati sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami telah diberitahu oleh pensyarah untuk menceraikan khemah dan gajet yang dilakukan serta membawa beg peribadi masing-masing dan dikumpulkan di dewan. Selepas itu ahli KRS mempunyai majlis pentauliahan sarjan muda yang dilakukan oleh Encik Daud dan Puan Khalidah. Pada jam 10.30, majlis penutupan telah dijalankan dan ditutup secara rasmi oleh Encik Jabar. Kami juga ada mengambil gambar bagi unit KRS dan BSMM. Kemudian pada jam 12.00, kami telah menikmati makan tengah hari di dewan makanan. Pada jam 12.30, Bus telah datang dan kami telah bekerjasama dalam memindahkan alatan ke dalam bus iptho. Pada jam 1.00, bus telah bergerak ke Iptho dan kami telah tiba di Iptho pada jam 5.00 Petang. Di Iptho, kami telah mengangkat alatan seperti life jacket, buluh dan sebagainya ke dalam Unit Gerko.

Page | 9

Gambar tersebut menunjukkan majlis penyampaian bendera oleh Encik Mokhtar bin Yacob.

Gambar tersebut menunjukkan Ketua komander, Encik Abdul Jabar Bin Rahman memberi ucapan dan menutupkan program perkhemahan PISMP Ambilan Januari 2014.

Selepas perkhemahan, kami berasa penat dan berasa gembira kerana dapat menyertai program perkhemahan tersebut. Bagi kami, kami telah dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bekerjasama, displin diri dan sebagainya. Page | 10

Nilai-nilai tersebut adalah sangat penting kerana ia dapat membolehkan sebuah perkhemahan dijalankan dengan lancar. Selain itu, banyak cabaran yang telah kami hadapi. Antaranya ialah kekurangan air, hujan, khemah basah dan sebagainya. Saya bersyukur kerana kami telah dapat mengharungi cabaran tersebut dengan aman. Akhirnya kami ahli KRS telah mendapat pentauliahan kepada Pangkat Leftnan Muda.

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM Page | 11

KADET REMAJA SEKOLAH

Nama: Peng Eng Chien No. Kad Pengenalan: 940926-01-5135

Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakanrakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama

dalam

kalangan

ahli

jawatankuasa

dan

peserta

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Telok Gorek pada 07 hingga 10 September 2015. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP). Semua guru pelatih PISMP menyertai dua unit uniform yang berlainan iaitu

badan

beruniform Kadet Remaja Sekolah dan BSMM.

Page | 12

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di kem Taman Pertanian. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain. Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di Kem Taman Pertanian Semambu. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudari Vivian Wong. Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTHO, Batu Pahat. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masingmasing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber. Dalam Program Perkhemahan, saya berpendapat bahawa komunikasi adalah sangat penting dalam kalangan ahli KRS. Tidak banyak masalah yang timbul semasa komunikasi dengan semua ahli KRS. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari. Selain itu, saya telah mempelajari nilai bekerjasama dalam program Perkhemahan. Dalam perkhemahan, kami perlu memasang khemah selepas tibanya di Teluk Gorek, Mersing. Dengan adanya kerjasama antara kawan, kami boleh mendirikan khemah dengan lancar dan tidak memakan masa

Page | 13

yang lama. Hal ini kerana kami memberikan tugasan antara satu sama lain semasa memasang khemah. Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Faizal untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan, memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk perjumpaan pada pukul 9 malam. Selepas makan malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat malam itu. Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan En. Mokhtar memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua guru pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30 malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat.

Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan. Kadet Remaja Sekolah

telah mengetuai upacara menaikan

bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi ‘Negara Ku’ dengan penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua tamat, kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Saya dapat mempelajari 10 jenis ikatan dalam tempoh waktu 2 jam sahaja. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Dalam waktu Page | 14

itu, saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu aktiviti kembara untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa memasuki hutan yang tebal yang dan

trak laluannya adalah

panjang. Memasuki hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki hutan. Sungguh indah ciptaan tuhan dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam hutan adalah amat terkesan sekali di hati saya. Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali iniTerdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Tema pada pada malam itu adalah 1 Malaysia. Terdapat 7 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform BSMM. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan Page | 15

tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Sekian, terima kasih.

Page | 16