Pengenalan Hos & Kawad Operasi Hos Asas I
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: miahafidz
- File size: 4.3 MB
- File
type: application/pdf
- Words: 1,657
- Pages: 27
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
ISI KANDUNGAN
BIL 1. 2. 3. 4. 5.
PERKARA KAWAD HOS PERMULAAN Cara Membawa / Membentang dan Menggulung Hos KAWAD HOS I Satu Aliran Bantu Mula Air Daripada Tangki KAWAD HOS II Satu Aliran 300 Kaki. Satu Nozel KAWAT HOS III Satu Aliran 300 Kaki. Dua Nozel Ulangan Dan Penilaian
HOS
Hos bomba diperlukan untuk menyalurkan air daripada sumber air statik atau dari pili bomba ditempat kebakaran, hos diperlukan untuk menyalurkan air pada jarak yang tertentu. Hos terbahagi kepada dua bahagian kategori mengikut kegunaan keutamaannya: (a) Hos hantaran ( delivery hose ) - Hos ini disambungkan di bahagian salur keluar pam ( delivery hose ) dan air yang melaluinya mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan Atmosfera ( tekanan udara biasa ) - Panjang bagi hos hantaran berukuran 30 meter ( 100 kaki ) berukuran lilitan 2 ¼ dan 1 ¼ inci - Hos juga terdapat Male dan Female Coupling MALE COUPLING
FEMALE COUPLING
Hos Berukuran Lilit 2 ¼
Hos Berukuran Lilit 1 ¼
(b)
Hos saksen ( suction hose ) Hos ini disambungkan pada salur masuk pam ( suction inlet ) dan tekanan air melaluinya di bawah atau melebihi tekanan atmosfera 9 tekanan udara biasa )
Hos saksen ( Suction Hose ) Hos saksen ( Suction Hose )
(i)
Cendawan ( midew ) Hos yang disimpan tidak cukup kering dan di tempat yang tidak mempunyai peredaran udara hyang baik. Akibatnya hos bercendawan dan berbau. (ii) Geseran atau terkoyak (abrasion) - Hos ditarik di permukaan yang kasar atau tajam - Geseran hos disebabkan oleh getaran pam apabila terkena pernukaan kasar semasa dibentang dari aulet pam. (iii) Asid, gris, minyak dan petrol. Hos akan rosak jika terkena asid, gris, minyak atau petrol. Hos akan rosak jika tidalk dikeringkan dengan betul, sebab lama-kelamaan air yang bertakung akan menjadi asid. (iV) Terkejut ( shock ) Hos yang telah digulung jangan sekali-kali dibuang dengan kasar atau dihempaskan ke bawah. Membuka air dalam tekanan dalam tiba-tiba dan menutup control nozle dengan tiba-tiba (mengejut) menyebabkan hos menerima kejutan.
(i)
Hos yang telah digunakan hendaklah dibersihkan daripada kotoran yang terdapat di faber dengan cermat (ii) Bahan kimia dan sabun yang boleh menghakiskan, tidak sesuai digunakan untuk mencuci hos (iii) Hos hendaklah dibentang lurus di permukaan yang bersih dan dicuci dengan menggunakan air bersih dengan cermat. (iv) Gunakan berus lembut semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan hos. (v) Semasa dilakukan pemberusan, cara yang paling baik atau sesuai ialah secara melintang, cara memanjang akan merosakan benang weft. (vi) Hos yang mempunyai plastik di permukaan luar cuma perlu dicuci dengan laluan air sahaja atau lap dengan kain basah (vii) Hos yang terkena gris atau minyak boleh dicuci dengan menggunakan sabun atau soda bersama air panas selepas itu dicuci dengan air sejuk. (viii) Hos yang terkena getah atau gris yang tebal boleh dibersihkan dengan. menggunakan habuk papan
Teknik membawa hos yang digunakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia terdapat 3 cara iaitu :-
BIL
CARA-CARA MEMBAWA
1.
MEMBIMBIT
2.
MENGEPIT
3.
MEMIKUL
MEMBIMBIT
MENGEPIT
MEMIKUL
Cara-cara menggulung hos yang digunakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia terdapat 4 cara iaitu :-
BIL
CARA-CARA MENGGULUNG
1.
ROLL ATAU COIL
2.
DUTHROLL / ROLL ON BIGHT
3.
FLAKING
4.
FIGURE OF EIGHT
ROLL ATAU COIL
DUTHROLL / ROLL ON BIGHT
FLAKING
FIGURE OF EIGHT
ISYARAT BAGI KAWAD OPERASI HOS
BUKA AIR
TUTUP AIR
ISYARAT BAGI KAWAD OPERASI HOS
TUTUP AIR
DAN
KEMAS
CARA-CARA MENYAMBUNGKAN HOS / MEMBERI DAN MENERIMA KAPLING SERTA CARA MEMBUANG AIR DALAM HOS coupling
CARA MELETAK HOS
MEMBERI DAN MENERIMA
BUANG AIR
CARA-CARA MEMEGANG NOZEL
KAWAD H1, SATU SALURAN BANTU MULA ( HOSE REEL ) PERINTAH : Kawad H1, satu aliran bantumula Pasukan ………….gerak
PERBUATAN : Semua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus buat kerja masing-masing dgn serentak. No. 1 Pegang nozel SBM dan tarik Ke tempat kebakaran. No. 2 bantu menarik hos SBM di belakang no. 1 No. 3 bantu menarik SBM di belakang No. 2 No. 4 Memusingkan gelendong SBM dan tunggu disitu untuk membuka air
PERINGATAN : Sekiranya ada mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam bangunan itu maka No. 2 dan No. 3 bersama dengan Ketua Pasukan itu boleh membuat kerja-kerja menyelamat
KAWAD H1, SATU SALURAN BANTU MULA ( HOSE REEL ) PERINTAH : PERBUATAN : Tutup air dan kemas No. 1 perintahkan No. 3 tutup air dan kemas. No 3 jawab dan lari kebelakang dan perintahkan No. 4 tutup air dan kemas. No. 4 jawab dan terus memusingkan picu (cock) untuk menutup air. Sebaik sahaja air berhenti mengalir. Semua anggota itu hendaklah mengemas / menggulung SBM. Apabila sudah siap semua anggota pasukan beratur semula ditempat mula-mula kawad. No 1 pergi kehadapan itu dan beri perintah. Pasukan Bilang ! Diam ! Dan No. 1 terus pergi melaporkan kepada Ketua pasukan dengan ucapan Assalmualaikum / selamat pagi, selamat petang Encik !.. Pasukan pertama telah selesai menjalankan tugas Encik !. Ketua Pasukan hendaklah menjawab apa-apa yang diucapkan oleh No. 1 tadi, kemudian ketua beri arahan masuk dalam baris No. 1 pusing kekanan dan lari masuk dalam barisnya…………. KELUAR…… BARIS Semua anggota pasukan itu pusing kekanan dan lari masuk kebarisan asal
KAWAD H1, SATU SALURAN BANTU MULA ( HOSE REEL )
KAWAD H2, SATU ALIRAN 300 KAKI SATU NOZEL PERINTAH : Kawad H2 satu aliran / Saluran 300 kaki satu nozel. Pasukan…….gerak
PERBUATAN : Semua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus buat kerja masing-masing dgn serentak. No. 4 ambil paip tegak (stand pipe) dan kunci pili bomba (hydrant key) terus pasang pada pili bomba bawah tanah (ground hydrant). Sekiranyan pili bomba bertiang (piller hydrant) maka No. 4 hendaklah ambil kunci pili bomba dan juga penyesuai pili bomba bertiang (hydrant adaptor) dan tunggu untuk membuka dan menutup air. No. 3 ambil satu gulung hos bawa kepili bomba dan berikan kapling pada No. 4 dan terus membentangkan hos, selepas itu No. 3 ambil hos yang ditinggalkan oleh No. 2 bawa ke 300 kaki kehadapan untuk hos pengganti dan terus bantu No. 1 memeggang nozel No. 2 ambil 2 gulung hos bawa ke100 kaki satu letak dibawah dan satu sambung kepada No. 3 dan bentang.
KAWAD H2, SATU ALIRAN 300 KAKI SATU NOZEL PERINTAH : Kawad H2 satu aliran / Saluran 300 kaki satu nozel. Pasukan…….gerak
PERBUATAN : Selepas itu No. 2 bantu No. 1 memegang nozel. No. 1 ambil satu nozel dan satu hos bawa ke 200 kaki sambung pada No. 2 dan bentangkan hos serta pasangkan nozel. Apabila siap No. 1 perintah No. 3 buka air No. 3 jawab dengan isyarat dan lari kepili bomba perintahkan No. 4 buka air No. 4 jawab dengan isyarat dan terus memusingkan kunci pili bomba buka air, No. 3 selepas membuka air lari balik dan membantui No. 1
Tutup air dan kemas
No 1. dan No. 2 perintahkan No. 3 tutup air dan kemas. No. 3 jawab dan lari perintahkan No. 4 tutup air dan kemas No. 4 jawab dan terus memusingkan kunci pili bomba untuk menutup air. Sebaik sahaja air berhenti mengalir semua anggota pasukan itu hendaklah menanggalkan semua sambungan hos dan nozel serta
KAWAD H2, SATU ALIRAN 300 KAKI SATU NOZEL PERINTAH :
Keluar……..Baris !
PERBUATAN : terus menggulung hos masing-masing dan mengemaskan semua peralatan, apabila sudah siap semua anggota pasukan beratur semula di tempat mulamula kawad. No. 1 hendaklah melaporkan kepada ketua pasukan sama seperti dilakukan dalam Kawad H1S Semua anggota pasukan pusing kekanan dan lari masuk kebarisan asal
KAWAD H2, SATU ALIRAN 300 KAKI SATU NOZEL
KAWAD H3, SATU ALIRAN 300 KAKI DUA NOZEL PERINTAH : Kawad H3 satu Aliran 300 kaki dua nozel. Pasukan…….gerak
PERBUATAN : Semua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus buat kerja masing-masing dgn serentak. No. 4 ambil paip tegak (stand pipe) dan kunci pili bomba (hydrant key) terus pasang pada pili bomba seperti kawad H 2. No. 3 ambil satu gulung hos bawa kepili bomba dan sambung pada No. 4 bentangkan hos. No. 2 ambil dua nozel dan dua gulung hos bawa ke100 kaki satu letak dibawah dan sambung pada No. 3 dan terus membentangkan serta sambung pada cabang pembahagi satu lagi sambung pada NO. 3 dan terus membentangkan serta sambung pada cabang pembahagi yang diberikan oleh No. 1. No. 1 ambil satu nozel satu gulung hos dan satu cabang pembahagi dan bawa ke200 kaki berikan cabang pembahagi pada No. 2.
KAWAD H3, SATU ALIRAN 300 KAKI DUA NOZEL PERINTAH : Kawad H2 satu aliran / Saluran 300 kaki satu nozel. Pasukan…….gerak
PERBUATAN : Selepas itu No. 1 terus bentangkan hos dari sebelah kanan cabang pembahagi. No. 3 selepas membentangkan hos dari pili bomba, ambil satu gulung hos yang ditinggalkan oleh No. 2 di 100 kaki dan bawa ke 200 kaki dan buat penyambungan ke cabang pembahagi dibelakang, tunggu dicabang pembahagi untuk menerima maklumat, No.2 selepas membuat penyambungan pada cabang pembahagi terus lari ke300 kaki dan pasangkan nozel pada hos yang dibentangkan oleh No. 3. apabila No. 1 dan No.2 perintahkan No. 1 buka air dengan perkataan. Bahagian satu buka air! Bahagian 2 Buka Air!, No. 3 Jawab dengan isyarat dan lari balik kepili bomba perintahkan No. 4 buka air. No. 4 jawab dan terus buka air. No. 3 selepas perintah buka air terus ambil satu gulung hos bawa Ke 300 kaki dan letak hos dekat cabang dan tunggu disitu
KAWAD H3, SATU ALIRAN 300 KAKI DUA NOZEL PERINTAH : Tutup Air Dan Kemas
Keluar……..Baris
PERBUATAN : No. 1 dan No. 2 perintahkan No. 3 tutup air dan kemas No. 3 jawab dengan isyarat dan terus ambil hos pengganti dan hantar balik ketempatnya perintahkan No.4 tutup air kemas. No. 4 jawab dan menutup air, sebaik sahaja behenti mengalir semua anggota pasukan hendaklah menanggalkan semua sambungan hos dan nozel serta terus menggulung hos masing-masing dan terus mengemaskan semuar peralatan. Apabila sudah siap semua anggota pasukan beratur semula ditempat mula-mula kawad. No. 1 hendaklah melaporkan kepada ketua pasukan sama seperti dilakukan dalam kawad H1 Semua anggota pasukan itu pusing kekanan dan lari masuk ke barisan asal.
KAWAD H3, SATU ALIRAN 300 KAKI DUA NOZEL