Permainan ceper
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: 刘健乖
- File size: 157.7 KB
- File
type: application/pdf
- Words: 720
- Pages: 3
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
Permainan merupakan suatu yang mampu menarik minat dan perhatian pelajar. Fungsinya sebagai pembangkit ransangan sampingan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) semakin menarik. Salah satu daripada permainan yang mampu menimbulkan minat serta berfungsi sebagai wahana mengembangkan kognitif, fizikal, sosial, dan emosi kanakkanak ialah Permainan Ceper.
Permainan ceper ataupun juga dikenali sebagai Main Tutup Botol merupakan satu permainan indoor yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar wanita. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima biji tudung botol besi jangan dipandang enteng kerana memerlukan kemahiran yang tinggi.
Peraturan Permainan Ceper.
Permainan ceper merupakan suatu permainan yang boleh dimainkan samada dalam berkumpulan dengan maksima 2 ahli setiap kumpulan, ataupun dimainkan secara individu dengan maksima pemain seramai 5 orang. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima keping tudung botol besi (ceper). Setiap ceper membawa markah sebanyak satu markah, namun sekiranya selambut ceper dibuat dengan menangkap, maka setiap ceper akan dikira dengan dua markah, keseluruhannya ada sepuluh.
Sebelum memulakan permainan, ceper-ceper akan disusun secara bertingkat dan diputar bagi mendapatkan pecahan ceper. Kemudian, pemain akan melagakan setiap ceper dengan jentikan tanpa menyentuh mana-mana ceper yang berada di sekitarnya.
Aplikasi Permainan Ceper Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Permainan ceper banyak sekali memberi manfaat dan kebaikan kepada guru dan juga pelajar selain menjadikan sesi p&p lebih ceria. Permainan ini antara lainnya memberi kebaikan yang mungkin tidak pernah kita bayangkan akan wujud melalui permainan yang seringkas ini.
(a) Melatih Koordinasi Mata dan Tangan Koordinasi mata dan tangan amat penting dalam melahirkan seorang pelajar yang bakal menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa. Koordinasi mata dan tangan biasanya dititik beratkan dalam aspek menulis, terutama menyalin nota, serta melukis. Permainan ceper melatih kemahiran ini melalui peraturannya. Sebagai contoh, semasa ingin menjentik ceper, pemain terlebih dahulu akan memberi fokus kepada sasaran. Apabila mata mulai fokus, jari akan menjentik ceper. Selain itu, bagi memulakan permainan, ceper akan disusun dan diputar bagi mendapatkan gerakan yang pertama. Ini juga melatih koordinasi tangan dalam memilih daya yang bakal digunakan.
Dalam permainan ini juga, terdapat aksi permainan selambut. Proses ini dilalui bagi
memungut mata. Permainan selambut yang diaplikasi secara langsung di dalam permainan ini juga sebagai bukti bahawa wujudnya proses melatih kemahiran koordinasi dan tangan di dalam permainan ceper. Tangan melambung, mata melihat ceper, dan tangan menyambutnya kembali.
(b) Keseimbangan Dalam aksi melambung dan menyambut ceper bagi mendapatkan mata, wujud juga latihan keseimbangan. Hal ini dipraktikkan semasa menyambut ceper dengan belakang tangan selepas melambungnya. Bukan semua orang mampu melakukannya, dan memerlukan latihan yang banyak. Justeru, permainan ceper adalah antara permainan tradisional yang tanpa kita duga telah memberi latihan tersebut secara tidak langsung.
(c) Pengiraan Permainan ceper antara permainan yang agak unit bagi penulis. Ini kerana mata bagi setiap ceper adalah sepuluh, dan sekiranya bagi setiap pusingan jentikan pemain mampu melepasi halangan yang timbul, markah maksima biasanya mencecah seribu dan boleh disimpan di dalam ‘bank’. Hal yang ini melatih kecekapan pelajar dalam mengira dari aspek tambah dan tolak.
(d) Pemikiran Kreatif Permainan semestinya memupuk pemikiran kreatif. Dan, permainan ceper tidak ketinggalan dalam memupuk pemikiran yang sedemikian rupa. Sedar atau tidak, pemikiran kreatiflah yang mewujudkan permainan ceper. Siapa sangka, hanya dengan menggunakan tudung botol, permainan ceper mampu menarik minat orang ramai.
(e) Strategi Permainan ceper merupakan suatu permainan yang memerlukan pemain memikirkan suatu strategi bagi menyelesaikan jentikan uraian ceper. Setiap ceper yang dijentik tidak boleh terkena ceper yang lain. Justeru, strategi yang baik perlulah difikirkan. Ada pemain yang menggunakan tangan sebagai dinding pemantul, dan ada pula yang mencongkes ceper bagi menyentuh ceper target. http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/06/nota-edu-3103-kesan-permainan-ceper.html
Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman sebanyak 5 keping penutup botol (sekarang ini boleh dapat dari penutup botol kicap), ia merupakan salah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan kanak-kanak. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi. Semasa menimbang ceper tersebut, contohnya satu ceper akan mewakili dua markah.
-
Cara-Cara bermain: Setiap orang akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia akan Jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan. Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang mana hendak dijentik. Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga. Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah. http://roznchocolate.blogspot.com/p/makanan-dan-permainan-tradisional.html