Sejarah Mencelung gajah di Chuping Perlis
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by:
- File size: 670.3 KB
- File
type: application/pdf
- Words: 1,841
- Pages: 4
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
~-------------------------~~ SEJARAH :MENCELUNG GAJAH DI CHUPING, PERLIS Oleh: Mokhtar A.IZ Pencerita : Wan Khazim Bin Wan Din
Sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi, negeri Perlis sudah terkenal dengan gajahnya. Di sekitar tahun dua puluhan lagi, negeri Perlis mempunyai kira-kira lebih tiga puluh ekor gajah yang dipelihara. Tidak semua orang dapat memiliki gajah. Sesiapa yang dapat memiliki gajah pada dekad tersebut, maka orang itu dikategorikan sebagai orang yang mempunyai harta atau aset yang besar. Malah hanya di kalangan raja atau kerabat-kerabat diraja saja yang mempunyai gajah sendiri. Gajah yang dianugerah Allah s.a.w. badan yang besar dan sasa itu amat sesuai untuk kerja-kerja berat seperti menarik balak, mengangkut padi dari sawah ke rumah dan yang istimewa sekali ialah gajah digunakan sebagai kenderaan untuk melarak pengantin. Dan pada zaman dahulu pengantin yang tidak menggunakan gajah, mereka tergolong daripada orang yang miskin. Gajah diibaratkan sebagai kenderaan untuk sumber pengangkutan dari satu kampung ke satu kampung yang lain dan dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Yang ketara sekali semua urusan pertabalan diraja digunakan gajah. Lumrahnya gajah dipelihara di hutan yang dijaga oleh seseorang yang dipanggil 'gembala gajah'. Dalam kumpulan gembala gajah itu dilantik pula seseorang untuk menjadi ketua kepada gembala-gembala itu yang dinamakan 'nakung gajah'. Peranannya ialah sesiapa saja yang hendak berurusan dengan gajah, contohnya hari pertabalan raja, maka mereka terpaksa berjumpa dengan nakung gajah. Dalam temasya perarakan atau majlis-majlis perkahwinan, gajah menjadi pilihan utama, dan sekiranya majlis perkahwinan itu tiada gajah maka majlis itu dianggap tidak sah. Gajah itu ada nama-namanya yang tersendiri. Gajah jantan seringkali dinamakan dengan sebutan siam seperti 'Bley Wat', 'Biey Nin', 'Biey Ngam' dan sebagainya. Gajah yang betina pula dinamakan dengan nama Melayu, contohnya 'Mek Tih', 'Cantik Manis', 'Bunga Emas' dan sebagainya. Encik Wan Khazim sendiri mempunyai empat ekor gajah yang dipeliharanya.
Peralatan tertentu yang digunakan gajah ialah seperti tempat duduk dipanggil 'rongga', tempat yang berbumbung dipanggil 'kop', alat-alat untuk menggerakkan gajah dinamakan 'kosa' dan yang dibuat dengan rotan dinamakan 'Telin'. Gajah dapat memahami bahasa yang dituturkan oleh tuannya sekiranya bahasa itu setiap hari diajar sambil mengerjakannya. Contohnya apabila berjalan disebut 'ho dit', jalan cermat-cermat disebut 'saw', duduk 'koi-koi', suruh mengambil sesuatu benda 'au'.
Gajah yang berumur lima tahun ke atas sahaja dicelungkan, tidak pula melebihi enam tahun. Umur lima tahun adalah yang paling sesuai bagi menjinakkan seekor gajah. U mur sedemikian begitu mudah pula untuk mengajar dan mendengar kata.
Sekiranya gajah itu dibawa makan di hutan, hanya seekor sahaja yang perlu ditambat dan yang lain-lain dikenakan 'sengkela' di kedua-dua belah kaki hadapan. Tindakan ini dikenakan ialah supaya gajah tidak boleh berjalan jauh, hanya dapat bergerak di kawasan yang berdekatan sahaja. Dalam situasi demikian, gembala hanya pergi memantau gajah di hutan itu sekali sahaja dalam sehari, semata-mata untuk diberikan air minum. Biasanya apabila gajah itu hendak digunakan perkhidmatannya, maka gembala itu terpaksa membawa gajah itu ke sungai untuk dimandikan serta membersihkan tubuh badannya. Gajah itu akan mandi sendiri dan gembala hanya mengosot-gosotkan sahaja.
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
~~-------------------------~ Sesiapa saja yang pernah menjadi gembala gajah, tentulah ianya dapat merasai kasih sayangnya yang unggul kepada gajahnya, seolah-olah gajah itu ada ilmu pengasih. Contohnya, memang pernah berlaku ada di kalangan isteri gembala yang bencikan kepada gajah. Lantas si suami terpaksa ceraikan isterinya kerana kasihnya kepada gajah itu lebih mendalam daripada kasihnya kepada isteri. Gajah-gajah di Perlis telah pupus setelah kawasan yang luas di kawasan pemeliharaan gajah itu diteroka untuk dijadikan ladang tebu. Kawasan hutan yang khusus untuk makanan gajah sudah tidak ada. Gajah digunakan juga untuk ftlem-ftlem tradisional, seperti 'Buluh Perindu', 'Raja Bersiong' dan f.tlem-f.tlem tradisonal yang lain. Sebuah f.tlem Hollywood yang lokasinya di Perlis suatu ketika dahulu telah menggunakan gajah-gajah Perlis. Judul f.tlemnya 'Chinese Adventure In China' yang dilakonkan oleh 'Ursula Andress'. Ketahuikah kita bagaimana seekor gajah yang besar itu dapat dijinakkan? Untuk tatapan generasi akan datang, maka proses penjinakan gajah itu dapatlah dipaparkan agar ianya tidak hilang ditelan sejarah. Mungkin apa yang ini tidak lengkap, tapi dipaparkan sekurang-kurangnya dapat mendedahkan kepada pembaca, dan ianya tidak akan hilang begitu sahaja ditelan zaman. Daripada pengalaman sejarah, Perlis adalah satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang kawasannya amat berpotensi untuk menjinakkan gajah atau dijadikan kawasan mencelung gajah. Salah satu kawasan pencelungan yang masyhur ialah di Sungai Celung yang terletak di Mukim Chuping, Perlis. Hari mencelung gajah merupakan hari pesta besar-besaran. Hari itu dijadikan hari temasya yang paling istimewa kalau hendak dibandingkan dengan temasya-temasya lain dan ianya merupakan temasya yang ada kelainan dan istimewa. Celung gajah hanya dapat diadakan lima tahun sekali dan kadang-kadang ianya tidak menentu. Kadang-kadang pihak Istana mencemar Duli turun ke kawasan mencelung gajah. Biasanya si pembela gajah mengambil inisiatif untuk memberitahu kepada polis tarikh dan masanya untuk diadakan temasya mencelung gajah. Pihak polis akan memberi kerjasama demi menjaga akan keselamatan orang ramai.
Kawasan celung gajah dibina dengan setinggi 15 kaki berbentuk ladam kuda. lanya dibuat dengan kayu dan beratapkan daun-daun 'nau' dan daun rembia. Untuk tempat duduk tuan gajah pula, disediakan tempat khas di tengah-tengah penonton. Mereka yang datang menonton celung gajah itu terpaksa membawa bekalan makanan dan minuman, kerana mencelung gajah itu kadang-kadang mengambil masa yang lama. Acapkali mencelung gajah itu akan bermula jam 10.00 atau 11.00 pagi. Dan mereka yang datang menonton itu lumrahnya terdiri daripada kanak-kanak sekolah, lapisan dewasa serta golongan bangsawan. Gajah yang berumur lima tahun ke atas sahaja dicelungkan, tidak pula melebihi enam tahun. Umur lima tahun adalah yang paling sesuai bagi menjinakkan seekor gajah. Umur sedemikian begitu mudah pula untuk mengajar dan mendengar kata. Alat-alat mencelung gajah : Disediakan kayu atau batang kayu bulat yang dikupas kulitnya sebesar batang pinang. Memerlukan dua batang untuk memasungkan leher supaya kedudukan lehernya tidak dapat bergerak atau berganjak. Menyiapkan kawasan gajah yang hendak berdiri semasa dicelung. Kawasan itu perlu dikorek hingga sedalam tiga kaki dan diletakkan kayu-kayu bulat di atasnya beberapa batang supaya dijadikan lantai. Batang-batang kayu bulat itu disusun jarang-jarang untuk membolehkan air kencing dan najis memasuki celah-celah kayu bulat ke dalam lubang. Di kiri kanan gajah itu dipacak kayu bulat bersententang dengan kaki depan dan kaki belakang untuk mengikat kakinya kepada kayu bulat itu.
IZawasan celung gajah dibina dengan setinggi 15 kaki berbentuk ladam kuda. Ianya dibuat dengan kayu dan beratapkan daun-daun 'nau' dan daun rembia. Upacara mencelung gajah itu diketuai oleh seorang bomoh yang didatangkan khas dari Thailand. Beliau seorang bomoh Melayu yang berpengalaman dan masyhur dari Thailand, dikenali dengan nama 'Lahim' (Rahim). Gembala-gembala gajah biasanya berkampung di kawasan celung kira-kira dua minggu atau lebih bergantung selama mana pula gajah itu dapat menurut atau 'ghap'.
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
~-----------------------~~
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Cara hendak memasukkan anak gajah ke alat-alat celung : Pertama sekali ibu si anak yang akan dicelungkan itu mesti ditambat jauh, kira-kira dua relong untuk tidak mengganggu ketika proses pencelungan anak dijalankan atau ditakuti membahayakan orang ramai. Ibunya akan meraung atau meronta-ronta apabila mendengar teriakan anaknya yang sedang dicelung. Setelah ibunya dipisahkan dan berada berjauhan, maka dengan pertolongan beberapa ekor gajah membantu mengepung anak gajah itu ke tempat celung dan beberapa orang pula yang membawa tali untuk menjail (menjerot) leher dan kaki-kaki anak gajah dan disurung oleh gajah-gajah tadi ke tempat celung. Lantas anak gajah itu ditambat dan lehernya dipasung seperti diceritakan pada awalnya. Ketika anak gajah itu dikepung dan lehernya pula dicelung, maka kedengaranlah riuh-rendah, dan suasana di kawaan celung itu menjadi gamat dan tambah bising. Bunyi teriakan suara ibu gajah yang berada jauh itu sungguh-sungguh menggerun dan mendebarkan bagi kanak-kanak yang mendengarnya. Beberapa ekor gajah yang mengepung anak gajah itu ke kawasan celung itu memakan masa satu jam. Ketika dalam tempoh satu jam itulah yang dikatakan temasya celung. Dan ketika menjerot leher dan kaki-kaki gajah itulah juga sesaat yang ingin ditonton oleh ribuan penonton.
Kosa Gqjah
Rotan gqjah (fdin)
Ketika anak gajah berada dalam celung, apa pula yang dilakukan oleh Tuk Nai Klong atau bomoh gajah? Bomoh gajah akan berada di gelanggang atau kawasan celung, dan di situlah makan dan minumnya. Setelah selesai makan dan minum, maka jampi serapah dilakukan di samping memuja dan menghormati makhluk. Tuan gajah perlu menyediakan candu, kononnya Tuk Nai Klong menghisap candu. Oleh yang demikian, maka orang yang menguruskan mencelung gajah itu perlu turut menghisap candu, walaupun tuan gajah sendiri tidak menghisap candu.
Sabgkung Pinaing (Diguna masa cdung)
Sabgkung Pendek (SAU)
Selama mana pula anak gajah itu berada di temp at celung? Biasanya dua minggu. Tiap-tiap seorang yang menguruskan gajah itu perlu hisap candu semata-mata untuk menghormati Tuk Nai Klong atau bomoh gajah. Dan tuan gajah pula hendaklah menghantarkan makanan dan minuman sepanjang tempoh dua minggu itu. Bagi mereka yang tinggal berdekatan, mereka tidak jemu-jemu datang untuk melihat walaupun selepas sehari atau dua hari temasya itu diadakan. Ketika anak gajah berada di dalam celung, belalainya diluka-Iukakan dan disapu pula dengan garam kunyit. Tujuannya ialah untuk melembutkan belalai anak gajah itu kelak. Kira-kira selepas tiga hari, anak gajah itu akan dibawa ke sungai dan dibantu oleh ibunya, dan tujuannya ialah untuk direndam dan airnya mestilah dalam supaya lehernya tidak menunduk.
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
~~-------------------------~
Gambar H iasan: Perarakan Gajah Semperna Istiadat M enyambut Keberangkatan Balik DYMM Tuanku Raja Per/is Tahun Lalu
Menurut catatan Sabri bin Lateh dalam kajiannya mengenai celung gajah menjelaskan bahawa setelah seminggu diajar, gajah tadi akan menjadi jinak dan dapat mengenal suara gembalanya, maka gajah tadi akan dilepas dari tambatan dan akan dinaiki oleh dua orang iaitu gembalanya yang berada di dalam 'rongga' di atas belakangnya. Rongga ialah kotak yang dibuat dari papan dan berbentuk empat segi, diletakkan di atas belakang gajah setelah dialas dengan beberapa lapis kulit pokok "Putat Kelun' yang telah ditumbuk
S engkela Gqjah hingga lumat. Tali yang diikat pada rongga ini pulaakan diikat ke perut gajah. Rongga ini ialah untuk memuatkan penumpang dan membawa barang seperti padi, jagung, ubi, pisang dan sebagainya. Gajah yang dinaiki ini akan dituntun pula oleh seorang yang lain mengelilingi kampung. Adat ini dinamakan 'meminta sedekah'. Orang-orang kampung akan memberikan beras dan
kelapa, wang dan ayam itik untuk diisi ke dalam rongga tadi. Semua bahan tersebut akan digunakan untuk membuat kenduri sebagai tanda seekor gajah itu telah tamat dicelung, dilatih dan telah menjadi jinak serta siap untuk dijadikan kenderaan. Sebelum anak gajah itu dikeluarkan ke kampung-kampung, maka orang-orang kampung telah menyediakan makanan seperti tebu, pisang dan jagung. Yang lain pula menyediakan beras. Adat meminta sedekah ini dijalankan selama tiga hari. Tujuannya ialah untuk mengajar anak gajah bagi biasa dengan bahasa-bahasanya. Makanan yang disediakan tadi diletakkan di atas pelantar. Adalah menjadi suatu amalan, setelah anak gajah itu selesai dicelung, anak gajah itu sudah boleh ditunggang, maka suatu perkara yang perlu dilakukan ialah membawa anak gajah itu ke rumah tuannya sendiri dan disuruh pula mengambil sesuatu menggunakan belalai. Akhirnya anak gajah itu akan diberikan nama setelah selesai dicelung.
Kalau jatuh ke lurah buah berangan Muat di sampan ke tanah seberang Kisah gqjah di Indera Kcryangan Untuk tatapan genersi mendatang.
Hakcipta Terpelihara © 2006 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis