1. Seekor burung dan anak-anaknya berada dalam rimbunan rumput, daun dan ranting kering yang terletak di bawah kayu reput di dalam sebuah hutan. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan dan ruang. 2. Panglima Lebah dan Panglima Tebuan sedang bertarung untuk merebut madu pada beberapa kuntum bunga. Pertarungan ini berlaku di taman bunga dan disaksikan oleh beberapa serangga lain. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan dan ruang.
3. Anda menginap di sebuah bilik di tingkat empat sebuah hotel. Oleh kerana hari hujan, anda tidak boleh keluar untuk melihat keindahan persekitaran. Anda meihat keindahan persekitaran hanya melalui tingkap kaca bilik anda. Apabila anda melihat ke bawah melalui tingkap, kelihatan sebuah bangunan cantik yang dikelilingi taman yang indah. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada suasana, perspektif, jalinan dan bentuk.
4. Akibat daripada bencana alam, elektrik tidak dapat berfungsi. Ini menyukarkan anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan lilin atau lampu minyak tanah. Gambarkan situasi ini dari jarak dekat dengan memberikan penekanan kepada aksi, pencahayaan, bentuk dan ruang. 5. Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan sepasang stoking di dalam bakul basikal serta sepasang kasut bola digantung pada hendal basikal. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan.
6. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang berselerakan di depan pintu. Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.