Teks Perpisahan Ustazah Rohani

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by:
  • File size: 173.1 KB
  • File type: application/pdf
  • Words: 341
  • Pages: 3
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

TEKS UCAPAN WAKIL MURID MAJLIS PERPISAHAN Terima kasih Pengerusi Majlis.. Yang Diraikan Ustazah Rohani Bt Muhd Nur Yang Berusaha, Puan Norminah Bt Haji Abdul Aji, Guru Besar SK Kerukan Yang Dihormati Barisan Penolong Kanan, ,guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum warahmatul lohhi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana bakal kehilangan dua guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat ibu bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Kerukan ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Ustaz Fudhail. Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Kerukan, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para murid di sekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat para muridnya. Hadirin dan Hadirat sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid – murid Sekolah Kebangsaan Kerukan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Fudhail dan Cikgu Norlizah yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Ustaz Fudhail sekeluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.