Teks Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by: Aidil Sahipaludin
  • File size: 142.2 KB
  • File type: application/pdf
  • Words: 1,091
  • Pages: 8
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS PERINGKAT SEKOLAH 2015 ANJURAN : SK TAMAN SUTERA

DISEDIAKAN OLEH: AIDIL SAHIPALUDIN

[email protected]

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERINGKAT SEKOLAH 2011 M ANJURAN SK KERAYONG JAYA Bil. 1

Peristiwa Ketibaan

Mengumumkan

…………………

________________________________________________________________________________________________

ketibaan

Yang

Berbahagia,

Skrip ___________________________________________________

………………… *Nyanyian Lagu Bangsa Johor *Lagu Sekolah

2

Kata

aluan

Pengacara Majlis

Hadirin dipersilakan duduk. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari Pulau Mutiara. Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia, En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru. Yang Dihormati, En. Borahan Bin Kassim, Guru Besar SK Taman Sutera Yang Berusaha, Pn. Maziah Binti Hasan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Sutera Yang Berusaha, Pn. Rosilawati Bt Masri, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Sutera Yang Berusaha, Pn. Aminah Binti Afandi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Sutera guru-guru kanan, rakan-rakan guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, dan ketua kelas yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-

[email protected]

Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ini. 3

Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. Majlis dimulakan dengan menjemput En. Mohd Bakri Bin Nasirudin untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. BACAAN DOA Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Bakri Bin Nasirudin atas bacaan doa sebentar tadi.

4

Ucapan 1

Meneruskan tertib acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En. Borahan Bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

5

Ucapan Perasmi

Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.

[email protected]

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, atas ucapan beliau sebentar tadi. 6

Penyampaian

Hadirin sekalian,

Watikah

Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan penolong ketua kelas serta penyampaian cenderahati kepada penceramah program motivasi kepimpinan yang telah berlansung baru-baru ini Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu menjemput En. Borahan Bin Kassim untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru, untuk menyampaikan watikah pelantikan. Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________, Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________, Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________, Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7

Bacaan

Ikrar

Hadirin sekalian.

kepimpinan sekolah

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, dan ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Taman Sutera bagi tahun 2015 ini.

[email protected]

Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik ___________________________, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua murid diminta berdiri dan majlis mempersilakan. BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

5

Penyampaian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dari Daik pulang ke Daik

Cenderamata

Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

6

Majlis Penutup Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru.. Yang Berusaha En. Borahan Bin Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera, barisan guru-guru dan para pelajar sekalian kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya. [email protected]

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia En. Wan Abdul Razak Bin Wan Ismail, ASP Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru diiringi Tuan Guru Besar dan guru-guru, untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin. Majlis mempersilakan.

7

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. TA MAT

Sesi Fotografi

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS ‫ل الرريحمممن الررمحيمم‬ ‫مبيسمم ا م‬ ‫لُ ة سموالرس م‬ ‫ موالرص م‬، ‫ل المذيي مبمنيعمممتمه متمتم سالرصباملمـمحباست‬ ‫لسم معمل ى مرسسيوملمنبا المميمن مومعمل ى مءأملمه موأيصمحبابمه أيجمـمممعيمن‬ ‫ايلمـمحيمسد م‬ Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas bagi sesi 2015

.

[email protected]

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi , Jadikanlah Badan Pengawas dan Kepimpinan Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan, kerjasama erat, saling bertukar-tukar pendapat, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami . Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan barisan individu berkelayakan yang dilantik pada hari ini menjadi seorang yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, keikhlasan yang tulus, kejujuran menjadi lambang peribadinya, tutur katanya yang baik cerminan ketajaman akalnya serta akhlak menjadi teladan rakan-rakannya. Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. ‫ مومل متيجمعمل الرلسهرم مفيمنبا مومل مممعمنبا مومل ممين مييتمبسعمنبا مشمقييبا مومل مميطسريومدا مومل مميحسريوممبا‬، ‫ مومتمفررمًاقممـمنبا ممين مبيعمدمه متمفررًاقمبا مميعسصيوممبا‬، ‫مالرلسهرم ايجمعيل مجيممعمنبا مهمذا مجيممعبا مميرسحيوممبا‬ . ‫م‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫الرلسهرم ايجمعيل مخيمر أميعممبامرمنبا مءامخسرسه مومخيمر أميعممباملمنبا مخموامتسمسه مومخيمر أريبامممنبا مييومم ألقباك مفييمه‬ ‫الرلسهرم ايغمفيرملمنبا سذسنيومبمنبا مومليخموامنمنبا ارلمذيمن مسمبسقيومنبا مببامليممبامن مومل متيجمعيل مفيي ًاقسمـسليومبمنبا مغ ي‬ ‫ل ملرلمذيمن مءاممسنيوا مرربمنباإرنمك مرسءيومف مرمحيم‬ ‫مرربمنبا مءامتمنبا مفي الردينميبا محمسمن ة م مومفي المخمرمُ ة محمسمن ة ممومًاقمنبا معمذامب الرنبار م‬ ‫مومصرل ى ا س‬ ‫ل مربب المعباملمميمن‬ ‫ موايلمحيمسد مرم‬، ‫ل معمل ى سممحرم ٍدد مومعمل ى مءاملمه مومصيحمبمه مومسرلمم‬

IKRAR BAHAWASANYA KAMI [email protected]

PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA DARJAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENJUNJUNG DAN MELAKSANAKAN PERATURAN SEKOLAH. MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KAMI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS. SEDIA BERKHIDMAT SETIAP MASA YANG DIPERLUKAN. MENJADI CONTOH DAN TELADAN KEPADA MURID LAIN. MEMELIHARA DAN MENINGGIKAN NAMA BAIK SEKOLAH, GURU-GURU, IBU BAPA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKAN NEGARA.

[email protected]