Teori Pembelajaran KPP
* The preview only display some random pages of manuals. You can download
full content via the form below.
The preview is being generated... Please wait a
moment!
- Submitted by: HafizulLurveDieyla
- File size: 491.9 KB
- File
type: application/pdf
- Words: 3,577
- Pages: 17
Report / DMCA this file
Add to bookmark
Description
MALAYSIA ABAD KE - 20 ULASAN ARTIKEL: DRAF PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947
HSM 3043 NAMA PELAJAR
: MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAN
NO.KAD PENGENALAN : 940309095053 NO.KAD MATRIK
: D20141067550
BIDANG PENGAJIAN
: ISMP SEJARAH
FAKULTI
: SAINS KEMANUSIAN
NAMA PENSYARAH
: PROF MADYA DR ISHAK BIN SAAT
1
1.0 Pengenalan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP)1. PUTERA terdiri daripada enam parti politik sayap kiri seperti berikut:i) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin dan merupakan nukleus PUTERA ii) Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam iii) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh v) Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail vi) Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad vii) Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), Hizbul Muslimin kemudiannya.
Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
1
Ahmad Nidzammuddin Sulaiman. 1988.Aliran Kiri di dalam Politik Perkauman Malaya 1955-1969. Jebat. Jurnal Sejarah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
2
1.1 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) (bahasa Inggeris: Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Negeri Perak. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.2 PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara. Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara' Parti Komunis Malaya. PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.
2
Abdul Majid Salleh. 1991. Untukmu Anak Merdeka, Ipoh: Abdul Majid Salleh. ______. 2004. Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan KESATUAN Buruh
3
PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu: Yang Dipertua : Mokhtaruddin Lasso Naib Yang Dipertua : Dr. Burhanuddin Helmi Setiausaha : Dahari Ali Bendahari : Arshad Ashaari Ahli Jawatankuasa : Ahmad Boestamam
Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People. PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang
4
merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948[4], PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
1.2 Angkatan Pemuda Insaf (API) (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek. API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya. Parti ini diharamkan oleh
5
kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).3 Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.
1.3 Angkatan Wanita Sedar (AWAS) AWAS ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.Di antara tokoh yang mengasaskan AWAS ialah: Aishah Ghani, Sakinah Junid, and Samsiah Fakeh.Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
3
Firdaus Haji Abdullah.1985.Radical Malay Politics. Its Origins and Early Development. Petaling Jaya: Pelanduk.hlmn 23-25
6
1.4 Majlis Agama Tertinggi Di Malaysia (Hizbul Muslimin) Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim.4 Ianya bertujuan membawa gerakan-gerakan dan pemikirpemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi Malaya (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh. MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13–16 Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nasionalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melaporkan pendapat dan pemerhatian mereka yang menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan MATA. Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dipimpini Ustaz
4
Ismail Said,Dr.Burhanuddin Al-Helmi:pejuang Melayu sejati,Karisma Publication,2008.hlmn 12
7
Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walaubagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan dan dianggap bahaya.5
1.5 Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) telah ditubuhkan untuk menentang perlembagaan dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam bulan Ogos 1947, PMCJA telah menukarkan namanya kepada All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Pertubuhan-pertubuhan yang bergabung dalam AMCJA kebanyakannya adalah berhaluan kiri seperti Pan-Malaya Federation of Trade Union, New Democratic Youth League, Malayan Democratic Union, Ex-MPAJA Comrades Association, Women Federation dan Malayan Indian Congress. Sepanjang riwayatnya yang singkat AMCJA telah dipimpin oleh Tan Cheng Lock sebagai Pengerusi dan John Eber sebagai Setiausaha. AMCJA ditubuhkan selepas perlembagaan dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dibincang dan dirangka oleh pihak Inggeris, UMNO dan DYMM Raja-raja Melayu dalam satu sidang Pleno. Pada 12 Disember 1946, Kerajaan Inggeris mengumumkan bahawa perlembagaan tersebut telah selesai digubal dan akan disiarkan untuk mendapatkan pandangan dari orang-orang bukan Melayu. Maka pada hari ini dalam tahun 1946, pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu telah menubuhkan AMCJA
5
Ibid,hlmn 172
8
untuk menentang perlembagaan baru itu. AMCJA ingin menyatukan Singapura dan Tanah Melayu, mahukan sebuah negara berkerajaan sendiri dan juga kewarganegaraan yang sama. Kesemua ini adalah bertentangan dengan rangka perlembagaan yang diputuskan oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu. Dalam bulan Januari 1947, AMCJA telah mendekati Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk sama-sama menentang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Hasrat AMCJA untuk bekerjasama dengan orang-orang Melayu akhirnya menjadi kenyataan bila PKMM bergabung dengan API, AWAS, GERAM dan Hizbul Muslimin untuk menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 22 Februari 1947. PUTERA kemudian bergabung dengan AMCJA. Hasil daripada gabungan AMCJA-PUTERA ini perbahasanperbahasan terbuka dan kempen-kempen telah berjaya diadakan di seluruh Tanah Melayu. Dalam bulan Oktober 1947 AMCJA-PUTERA telah mengeluarkan 'Perlembagaan Rakyat' (The People's Constitution) sebagai pengganti kepada Perlembagaan Persekutuan. Pada 20 Oktober
1947 mereka telah menganjurkan hartal (mogok) yang hampir melumpuhkan
keseluruhan jentera ekonomi dan pentadbiran Inggeris. Sungguhpun begitu usaha AMCJA dan kemudian usaha AMCJA-PUTERA untuk menghapuskan perlembagaan yang digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu itu menemui kegagalan. Perlembagaan yang digubal oleh Sidang Pleno mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, bila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan dengan rasminya. Dengan itu juga lenyaplah sejarah AMCJA.
2.0 Proses Draf Perlembagaan Rakyat 1947 Caturan politik antara kaum telah dirintis oleh Dr. Burhanuddin al Helmy melalui gabungan PUTERA-AMCJA untuk menentang penjajah dengan mengutarakan Perlembagaan Rakyat yang diakui oleh banyak pihak sebagai sebuah cadangan perlembagaan yang terbaik waktu itu. Perlembagaan ini merupakan hasil perbincangan selama tiga hari antara Dr. Burhanuddin,
9
Ishak Hj. Muhammad, Tan Cheng Lock, J. A. Thivy, Ahmad Boestamam, Chan Loo dan Gerald de Cruz.6 Cadangan perlembagaan itu merupakan cadangan yang diterima oleh semua bangsa. Perlembagaan Rakyat ini dicadangkan bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Sepuluh (10) prinsip yang menjadi teras Perlembagaan Rakyat adalah seperti berikut: 1. Singapura hendaklah disatukan dengan Malaya. 2. Satu kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih. 3. Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar, bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat . 4. Satu perlembagaan baru bagi Malaya, menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi. 5. Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas. 6. Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi. 7. Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Malaya. 8. Pertahanan dan hal ehwal luar negari haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British.
6
Ishak Haji Muhammad, Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997, hlm. 187 dan 228.
10
Bangi,
9. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu. 10. Merah putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.
Perlembagan Rakyat ini telah diajukan kepada penjajah British melalui jawatankuasa perundingan yang ditubuhkan oleh British. Jawatankuasa ini berfungsi bagi menerima cadangan dari orang perseorangan atau badan-badan bebas untuk membentuk sebuah perlembagaan bagi menggantikan Malayan Union. Jika diteliti cadangan yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut ia mempunyai idea yang bernas. Walaupun Perlembagaan Rakyat mengandungi idea yang baik untuk semua lapisan masyarakat tetapi oleh kerana kepentingan pihak penjajah British dan golongan elit Melayu mungkin terjejas, maka ia telah ditolak oleh pihak British. Menurut pandangan A. J. Stockwell, golongan berhaluan kiri telah berusaha bersungguh-sungguh dalam perjuangan kemerdekakan Tanah Melayu, buktinya melalui cadangan Perlembagaan Rakyat anjuran PUTERA-AMCJA. Beliau menegaskan bahawa langkah mencadangkan perlembagaan tersebut merupakan usaha awal untuk berkerajaan sendiri.7 Manakala Rustam A. Sani, menegaskan perjuangan untuk merealisasikan gagasan Melayu Raya yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Muda merupakan satu usaha membentuk sebuah negara bangsa yang bergelar Melayu. Usaha untuk mencapai kemerdekaan melalui konsep ini selepas Perang Dunia Kedua diteruskan oleh PKMM yang kemudiannya membentuk kerjasama politik golongan radikal Melayu dengan bukan Melayu. 8 Beliau menegaskan bahawa:
7
A.J. Stockwell, “British Policy And Malay Politics During The Malayan Union Experiment1942-1948,” Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Monograph No. 8 (MBRAS), Kuala Lumpur, 1979. hlm 93 8 Rustam A. Sani, “Robohan Nasionalisme Melayu: Asas Sosial Bagi Terbentuknya Ideologi Perpaduan Nasional”, dlm. Ilmu Masyarakat, Okt.-Dis. 1983, hlm. 11.
11
“Hal ini dijelmakan, misalnya dalam penyertaan PKMM dan badan-badan nasionalis Melayu yang sealiran dengannya dalam PUTERA-AMCJA yang mencadangkan „Perlembagaan Rakyat‟ sebagai asas untuk mencapai kemerdekaan.”
9
Pandangan A.J Stockwell dan Rustam A. Sani bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan melalui kerjasama poitik pelbagai kaum lebih terserlah waktu itu melalui usaha golongan berhaluan kiri dan berjaya menggugat kedudukan British. Lantaran itu, Perlembagaan Rakyat ini ditolak dan sebaliknya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dikemukakan oleh pemerintah British dengan Raja-raja Melayu diterima pakai. Dengan ini pada tarikh 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu terbentuk secara rasmi. Penolakan Perlembagaan Rakyat ini menyebabkan, golongan kiri melancarkan gerakan balas. Melalui akhbar Suara Rakyat, disebarkan propaganda mengenai rancangan mogok yang akan diadakan. Liputan mengenai tindakan mogok disebarkan secara meluas dan sokongan padu dinyatakan melalui akhbar tempatan. Misalnya pertubuhan buruh Malayan Rubber Workers, telah menyatakan pendirian tegas dan secara terbuka untuk melancarkan mogok di Johor, Pahang Barat, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor pada 30 Ogos 1947. Perancangan pelancaran mogok hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 oleh PUTERA-AMCJA juga telah diberitakan secara meluas. Hal ini mendapat sokongan daripada Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress dan Pan Malayan Federation Trade Union. Mogok hartal dilakukan apabila Perlembagaan Rakyat ditolak oleh pihak British. Dakwaan ini tersiar dalam akhbar Times of Malaya and Straits Echo seperti berikut:
9
Ibid.hlmn.12
12
“The executive Bureau of the Pan Malayan Federation of Trade Unions yesterday issued a lengthy manifesto supporting the Malaya-wide hartal called by Putera at the All-Malayan Council of Joint Action on Oct-20 in protest against the Revised Constitutional Proposals.” 10 Tindakan mogok perdagangan dan perniagaan di seluruh negara, dianjurkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA bagi membantah cadangan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh British dan parti UMNO. Kempen dan propaganda dimuatkan dalam akhbar tempatan untuk menjayakan mogok hartal itu.11 Rancangan melancar hartal turut disokong oleh Col. H. S. Lee, Presiden Selangor Chinese Chamber of Commerce. Malah sokongan juga diperoleh daripada A. A. Mohd. Abdullah, Pengerusi Selangor Indian Chamber of Commerce. The Malay Mail melaporkan, A. A. Mohd. Abdullah telah memberikan persetujuan bahawa pertubuhan mereka akan turut serta dalam tindakan hartal secara aman. Beliau turut menyarankan supaya semua kedai ahli ditutup agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.31 Pada 20 Oktober 1947, tindakan Hartal berjaya seperti yang dirancangkan. Semua kedai di Kuala Lumpur ditutup dan ibu kota menjadi lengang pada hari tersebut.32 Namun begitu, dalam usaha untuk menggagalkan tindakan hartal ini, halangan dan amaran daripada pihak berkuasa polis turut disiarkan dalam akhbar tempatan. Dalam akhbar Times of Malaya and Straits Echo, di bawah judul “Pre-Hartal Warnings by Police”, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dilaporkan berkata: “DON’T allow other people’s opinions to be forced upon you. Carry on as usual or observe the „hartal‟ as you wish, in either case the police will protect you”12
10
Times of Malaya and Straits Echo, 17 Oktober 1947, hlm. 1. 34 Times of Malaya and Straits Echo, 21 Oktober 1947, hlm. 1. 11 Times of Malaya and Straits Echo, 17 Oktober 1947, hlm. 1. 34 Times of Malaya and Straits Echo, 21 Oktober 1947, hlm. 1. 12 Times of Malaya and Straits Echo, 18 Oktober 1947, hlm. 1.
13
Perkara ini membuktikan kejayaan peranan akhbar dan majalah untuk menyatakan pendirian tegas mereka. Akhbar telah digunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan mesej terhadap kepincangan dasar dan pentadbiran British di Tanah Melayu. Sesungguhnya perjuangan golongan radikal Melayu sentiasa mendahului zamannya, sukar diterima oleh masyarakat umum pada waktu itu, kerana tahap kefahaman mereka mendahului zaman kefahaman masyarakat umum. Dakwaan ini boleh dibuktikan dengan wujudnya caturan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947, yang bertolak ansur dalam pemberian kerakyatan dan menerima pakai istilah Melayu untuk semua kaum. Namun waktu itu pemikiran orang Melayu umumnya masih tidak dapat menerima kelonggaran kerakyatan, konsep kerjasama dan perkongsian kuasa politik kerana Tanah Melayu menurut fahaman mereka waktu itu adalah milik bangsa Melayu keseluruhannya. Kerjasama ini walaupun baik dan diterima umum oleh golongan radikal Melayu dan kaum imigran tetapi sukar untuk dipraktikkan waktu itu. Lantaran itu, golongan elit Melayu dan Raja-raja tidak merestuinya. Pemberian kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli melalui gagasan Malayan Union, merupakan satu tamparan hebat kepada bangsa Melayu. Pertuanan Melayu dan semangat pribumi asal (son of the soil) Tanah Melayu membuatkan segolongan orang Melayu merasa terlalu sensitif apabila isu kerakyatan yang dituntut oleh bukan Melayu dan dipersetujui oleh PUTERA-AMCJA.13 Perlembagaan Rakyat yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA menekankan bahawa golongan radikal Melayu tetap berpendirian tegas dengan konsep Melayu Raya dan Kerakyatan Melayu. Mereka sanggup menerima kaum asing sebagai warganegara tetapi mereka mestilah menerima pakai istilah Melayu sebagai bangsa mereka. Persetujuan ini membuktikan bahawa golongan radikal Melayu berpandangan jauh demi untuk memerdekakan Tanah Melayu dan sanggup menerima keadaan Tanah Melayu waktu itu yang sudahpun menjadi sebuah negara majmuk.38
13
Rencana Pengarang, hlm. 1. Putera Malaya merupakan salah satu konsep yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya. Ia membawa maksud semua rakyat Malaya termasuk Melayu, Cina dan India.
14
Kesepakatan ini amat penting untuk melihat Tanah Melayu merdeka. Memandangkan golongan radikal merupakan golongan yang tidak disukai oleh penjajah maka saranan Perlembagaan Rakyat yang diajukan tidak mendapat layanan sewajarnya. Suatu perkara yang perlu diingat ialah British telah merestui kelahiran golongan elit Melayu di bawah parti UMNO demi untuk mengekalkan kedudukan dan kepentingan mereka, sama ada sebelum merdeka ataupun selepas merdeka. Lantaran itu, Perlembagaan Rakyat dipandang sepi sahaja. Biarpun Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA itu tidak berjaya direalisasikan kerana ditolak oleh penjajah British, namun ianya memberikan gambaran bahawa mereka di luar UMNO lebih memahami dan mengerti akan prinsip kemerdekaan yang sebenarnya dan perlunya suatu perlembagaan „asli‟ yang lahir daripada pandangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Tidak seperti golongan elit Melayu dalam UMNO yang terus “mabuk” dengan perlindungan daripada British dan hubungan erat antara mereka. Malah mereka leka dengan slogan “Hidup Melayu” waktu itu. Demikianlah pandangan Hambali Abdul Latif salah seorang pejuang kemerdekaan. Semangat golongan radikal tidak dapat dipadamkan walaupun British telah memperkenal dan menguatkuasakan Akta Darurat 1948. Penguatkuasaan undang-undang ini menghalalkan tindakan British untuk menangkap dan memenjarakan tokoh-tokoh haluan kiri Melayu dan juga Cina. Dianggarkan sejumlah 5,362 orang pejuang radikal telah ditangkap dan dipenjarakan di kem-kem tahanan politik penjajah menurut sumber daripada Mohamed Yunus Marulah.40 Jumlah ini bertambah dari setahun ke setahun sehinggalah tahun 1955. Malah statistik yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Jajahan menunjukkan bahawa jumlah tahanan darurat sepanjang tahun 1948 hingga 1960 mencecah kepada angka 29,857 orang dipetik dari catatan Ishak Haji Muhammad.14
14
Ishak Haji Muhammad, op cit., hlm. 192.
15
3.0 Rumusan Dasar dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh British khususnya dalam bidang Pendidikan dan ekonomi telah menyebabkan orang Melayu ketinggalan. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila British mengamalkan taktik Pecah dan Perintah [Divide and Rule] yang menyebabkan orang Melayu semakin lemah. Sistem pentadbiran British ini ternyata melemahkan orang Melayu. Senario ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Oleh sebab itu, lahirlah parti-parti politik yang berani menghadapi penjajah British. Parti-parti politik Melayu meletakkan matlamat yang sama maka pergerakan, perancangan, kerjasama dan tindakan mereka sentiasa seiringan, hatta kadangkala mereka menubuhkan badan bertindak bersama untuk berhadapan dengan pihak British. Sebagai contoh, mereka bekerjasama dalam pergerakan seperti KRIS, PKMM, API, AWAS, PUTERA, Hizbul Muslimin, PAS, dan PRM. Pertubuhanpertubuhan ini saling bantu-membantu. Kerjasama turut dijalankan antara orang Melayu dengan kaum imigran khususnya orang Cina dan India, contohnya melalui kerjasama PUTERA-AMCJA dan Socialist Front (SF), demi untuk mencapai matlamat yang sama.
16
Kesimpulannya, penulisan ini menyingkap sejarah hubungan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka. Sesungguhnya caturan politik perbagai kaum merupakan suatu perkara yang tidak dapat dibendung. Persoalan penting ialah bagaimana kerjasama ini dalam memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengambil kira kedudukan orang Melayu sebagai peribumi asal Malaysia dan penduduk bukan Melayu sebagai warganegara Malaysia.15 Isu perpaduan sering kali dihangatkan apabila berlaku perubahan lanskap politik di Malaysia. Isu-isu perkauman dibangkitkan oleh ahli-ahli politik demi kepentingan politik sempit. Perpaduan kaum diperjudikan untuk mendapatkan kembali sokongan politik yang semakin pudar. Sepatutnya ahli-ahli politik dan parti-parti politik perlu belajar daripada sejarah lampau agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Sesungguhnya sejarah mengajar erti kedewasaan. Maka sepatutnya sejarah dijadikan panduan, iktibar dan pengajaran demi untuk kesejahteraan dan perpaduan di Malaysia dapat dipelihara.
15
Muhammad Abu Bakar, Potret Masa. Persaingan Ideologi dan Pemulihan Tradisi. Gateway.Petaling Jaya. 1994. Hlm. 13 dan baca juga Abdul Majid Salleh, Untukmu Anak Merdeka, Abdul Majid Salleh, Ipoh, 1991, hlm. 50.
17