Tokoh Penulis Barat Di Malaysia

* The preview only display some random pages of manuals. You can download full content via the form below.

The preview is being generated... Please wait a moment!
  • Submitted by: Sim Yong Jing
  • File size: 460.7 KB
  • File type: application/pdf
  • Words: 526
  • Pages: 8
Report / DMCA this file Add to bookmark

Description

Tokoh Penulis Barat di Malaysia: R.O Winstedt

Biodata • Sir Richard Olaf Winstedt (1878-1966) merupakan seorang pegawai kolonial Britishdi Tanah Melayu di samping merupakan seorang orientalis Barat yang terkemuka. • Sepanjang di Tanah Melayu, beliau memulakan karier sebagai pegawai permulaan di Perak (1902), pegawai Daerah Kuala Pilah (1912), pegawai Pejabat Pelajaran(1916), Pengarah Pelajaran bagi NNS dan NNMB (1924) serta Presiden kepada Raffles College, Singapura (1928) sebelum dilantik menjadi Penasihat Johor (1931). • Dalam bidang pensejarahan Malaysia, beliau merupakan salah seorang daripada pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam kajian dan tulisannya berkait dengan Tanah Melayu.

• Ternyata sepanjang perkhidmatannya di Tanah Melayu, beliau merupakan seorang orientalis yang sangat prolifik dengan menerbitkan sembilan buah kamus, lapan buah buku nahu bahasa Melayu, enam buah buku sejarah, sebelas buah teks hikayat dan sastera lisan Melayu, sebuah buku analisis ilmiah evolusi sastera Melayu, 23 buah rencana etnografi dan ratusan tulisan lain berkait dengan mitos, magis, lagenda, kraftangan dan Melayu.

• Winstedt dianggap sebagai seorang orientalis yang begitu berminat meneliti dan menulis tentang masyarakat dan budaya yang didampinginya selama tiga dekad itu

Pandangan Winstedt terhadap Pensejarahan Malaysia: • Berkenaan Sejarah Melayu yang menjadi antara sumber pensejarahan tradisional Melayu, Winstedt berpandangan bahawa pengarangnya telah mengasimilasikan semasa pada ketika itu dengan unsur-unsur dongeng seperti cerita dewa-dewi. • Winstedt mengenalpasti perbezaan salinan dalam beberapa naskhah Sejarah Melayu yang menampakkan bagaimana Winstedt berpendapat bahawa penyalin membuang jalan cerita yang tidak sesuai dengan zamannya.

Pandangan Winstedt terhadap Pensejarahan Berbentuk Undangundang: • Winstedt melakukan kajian terhadap beberapa teks pensejarahan berbentuk undang-undang termasuklah Undang-undang Kedah(1928), Hukum Kanun Pahang (1948), Undang-undang Minangkabau dari Perak (1953) berserta dua kajiannya bersama Josselin den Jongiaitu Undang-undang Sungai Ujong (1954) dan Undang-undang LautMelaka (1956). • Pandangan Rigby dan Wilkinson yang menganggap undangundang tradisional Melayu hanya bersifat digest sematamata ditolak oleh Winstedt dan beliau berpandangan kedudukan undang-undang adalah setaraf dengan legal code di Eropah disebabkan penurunan authoriti ke atas perundangan tersebut.

Pandangan Winstedt terhadap Kesusasteraan Melayu: • Winstedt menghasilkan sebuah kajian berkenaan analisis kesusasteraan Melayu yang bertajuk “A History of Classical Malay Literature”. • Beliau mengkelaskan kesemua sastera Melayu kepada beberapa kumpulan tertentu iaitu: i. Sastera rakyat ii. Sastera Melayu zaman Hindu iii. Sastera Melayu berunsur Jawa iv. Sastera Melayu transisi Hindu kepada Islam v. Sastera lagenda Muslim vi. Cerita- cerita bersumberkan Muslim vii. Hukum Kanun viii. Puisi Melayu (bahasa berirama, syair dan pantun)

Pandangan Winstedt terhadap Masyarakat: • Dalam pendidikan kepada masyarakat Melayu, beliau berpandangan bahawa orang Melayu tidak patut diberi pendidikan di peringkat yang terlampau tinggi kerana beliau beranggapan bahawa pendidikan untuk golongan petani Melayu tidak harus melampaui darjat hidup merekayang rendah itu. • Sebagai Pengarah Pelajaran di NNS dan NNMB pandangan Winstedt itu sangat mempengaruhi tahap pendidikan terhadap masyarakat Melayu yang sangat ketinggalan pada ketika itu sedangkan pada ketika itu munculnya gerakan kesedaran dan desakan dari Kaum Muda dan nasionalis Melayu.

Pandangan Winstedt terhadap Nasionalisme Melayu: • Usaha O.T Dussek, Pengetua MPSI yang menubuhkan Jabatan Karang-Mengarang yang menggalakkan kegiatan pemikiran dan penulisan dalam kalangan pensyarah dan pelajar tidak begitu dipersetujui Winstedt. • Beliau beranggapan tindakan Dussek hanya akan menyemarakkan nasionalisme Melayu dan keadaan ini berbahaya selaras dengan pergerakan anti-penjajahan pada waktu itu. Walaubagaimanapun,Winstedt tidak pernah mengarahkan supaya jabatan tersebut ditutup.